Semalam saya bersembang-sembang dengan rakan karib dari melalui telefon. Beliau ialah bekas rakan sekerja yang baik. Walaupun kami berlainan agama, bangsa tetapi di Sabah ia bukan penghalang dalam persahabatan. Mau hampir dua jam jugalah kami bersembang. Kalau bukan pasal persiapan sahur mungkin boleh jadi berjam-jam macam pasangan yang sedang mabuk cinta. Ouhh kami dua-dua lelaki sejati ya. Maklumlah sudah lama tidak berjumpa, biasa sembang melalui telefon saja. Kalau kebetulan balik Tawau mungkin kedai kopi macam kami punya.

Macam-macam kami cerita. Bermula dengan cerita tempat kerja. Dia bagi tahu banyak perubahan yang berlaku semenjak pentadbiran baru. Biasalah, setiap kali bertukar pentadbiran mesti akan ada perubahan. Samalah dengan perubahan yang dilakukan oleh menteri Malaysia.

Lepas cerita pasal kerja, cerita pula pasal COVID19 dan PKP. Cerita suka duka COVID19 ini tidak ada penghujung. Bermula dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang terpaksa dilalui bagi mengawal virus korona daripada terus merebak. PKP ini menyebabkan kita tidak dapat berjumpa dengan seseorang yang disayangi. Begitulah cerita kawan saya, ayahnya menangis kerana rindukan cucunya. Bercakap melalui telefon tidak sama dengan memeluk cucu kesayangan. Saya sebenarnya rindu dengan ibu saya. Perjalanan ke kampung dari rumah saya cuma 30 minit. Itupun tidak dapat balik kerana setiap penjuru dikawal oleh pegawai keselamatan. OKlah kita akur dengan undang-undang demi untuk keamanan semua.

Kami juga mempunyai hobi yang hampir sama iaitu membela kucing. Masa di satu ofis dulu hari-hari sembang pasal kucing kalau ada free. Kalau yang tidak suka kucing, awal-awal cabut lari. Cerita daripada makanan, penjagaan sahingga kebaikan bela kucing. Pasal kami selalu cerita kucing ada yang tidak suka kucing pada awalnya akhirnya terjerumus membela kucing. Sekarang kawan sudah ada 10 ekor kucing. Ramai orang mahu beli katanya tapi dia tidak mahu jual. Kalau dia jual dia boleh dapat RM8000. Itu berdasarkan tawaran seseorang RM1000 seekor terhadap kucingnya. Sebenarnya ia lebih mahal dari itu sebab kucing yang dia pelihara adalah spesis maine coon campuran parsi.

KIBO dalam kenangan
Cerita makanan kucing sampai kepada penyakit, saya bagi tahu  kucing saya yang diberi nama KIBO sudah mati menghidap sejenis penyakit. Doktor cakap tidak ada ubat. Sebelum ini saya cuma pelihara dua ekor kucing, satu kucing siam dan satu lagi Maine Coon campuran parsi. Lepas Kibo mati, beli lagi satu ekor kucing Maine Coon campur Siam. Kucing saya yang diberi nama Kundu saya juga kena penyakit kuning beberapa minggu lepas tapi sudah sembuh selepas disuntik dan makan ubat. Mujurlah klinik haiwan buka pada masa PKP.

[ Promo ] Klinik haiwan dekat Berungis Tuaran terbaik. Kakitangan dia pun super friendly.

Menyentuh pasal penyakit kucing, kawan saya cadang bagi makan 4Life jika kucing sakit. Berdasarkan pengalamannya, apabila kucingnya sakit dia bagi makan 4Life. Dalam satu hari boleh sembuh katanya. Harga 4Life agak mahal tapi di Kedai Haiwan di BSI ada jual paket dalam 10 biji. Beliau bagi tahu makanan ini untuk manusia tapi boleh diaplikasi untuk haiwan. Saya minta kawan saya whatsappkan gambar ubat yang dia maksudkan.

Selepas tamat perbualan, saya terus google apa itu 4Life. Mak oii terkejut saya nampak harga dia. Di Lazada, 4Life di jual RM239. Berfikir saya sama ada benda ini ada dijual paket seperti yang dikatakan oleh kawan saya. Selepas membaca maklumat 4Life ia berfungsi untuk menguatkan sistem imun manusia bagi menentang penyakit. Mungkin juga untuk haiwan yang diberi makan. Menurut maklumat, Transfer Factor merupakan molekul pintar yang membawa informasi yang diperlukankan oleh badan kita untuk bertahan dari serangan segala macam penyakit.

Selepas saya membaca penerangan produk 4Life ini tiba-tiba terdetik di hati saya mampukan produk ini menentang COVID19? Apabila pihak 4Life menyatakan ia boleh menentang segala penyakit, mungkin produk ini dapat menentang COVID19. Walau bagaimanapun buat masa ini saya cari benda ini untuk kucing kesayangan saya. COVID19 belum ada ubat dan tiada apa yang dapat mengawalnya kecuali PKP.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!