KUNDU

Masih mud sedih mengenangkan nasib si Kundu. Saya saja post di sini sebagai ingatan saya kepada anak kucing kesayang kami sekeluarga, mana tahun tidak akan bertemu lagi .

Kucing ini saya peroleh secara percuma daripada saudara Anuar sebagai hadiah perpisahan kami selepas 13 tahun bekerja di pejabat yang sama.

Di mana Kundu..

Saya dan keluarga tinggal di tingkat 1 perumahan VSM Tuaran.

Pada pukul 10.00 malam kucing yang saya namakan Kundu, diambil oleh anak saya daripada bilik saya dan membawanya di biliknya.

Pada pukul pukul 12.00 am, anak saya bagi tahu mereka mengeluarkan si Kundu dari bilik dan membiarkan ia bermain dengan si Kibo iaitu kucing siam di ruang tamu.

Kami membiarkan cermin terbuka sedikit supaya kucing-kucing ini boleh keluar pergi ke tandasnya. Kucing ini sudah di latih jadi tahu dimana tandas meraka.

Pada pukul 5.00 pagi saya bersiap hendak pergi bekerja dan mendapati si Kundu tidak ada bersama-sama dengan si Kibo. Saya mencari setiap pelusuk rumah tetapi tidak dijumpai. Saya dan anak saya cuba mencari sekitar perumahan tetapi tidak berjaya menemuinya.

Saya kebingungan bagaimana ia terjun dari tingkat 1, lagi pula separuh daripada grill saya pasang jaring.

Saya post di grup whatsapp penduduk Vista Seri Melalin mohon bantuan jika ternampak atau tersesat kucing ke rumah penduduk. Kecewa kerana tidak ada respon.

Saya membuat poster tentang kehilangan si Kundu dan menampal di lokasi strategik iaitu tempat pembuangan sampah.

Sudah 3 hari berlalu tetapi masih tidak ada khabar positif daripada penduduk Vista Seri Melalin.

Kami sekeluarga masih mengharap agar si Kundu kembali ke pangkuan kami. Walaupun sudah putus harapan tetapi saya dan keluarga masih mengharapkan agar kami ditemukan dengan kucing itu sebab ia sangat bermakna buat kami dan sahabat baik kami saudara Anuar. Anak saya pula tidak putus-putus berdoa sementara saya sendiri setiap petang meninjau persekitaran untuk mencari mana tahu ada di bawah kereta.

Saya harap dia masih hidup. Saya sangat risau jika ia dibaham oleh anjing liar. Namun keyakinan saya ia masih hidup kerana saya tidak pernah dengar selakan anjing.

Sekian.

Update :

Sekitar pukul 9.40 malam saya mendapat panggilan telefon yang menyatakan bahawa dia terjuma kucing saya. Pada mulanya saya menyangka mereka hanya mempermainkan saya memandangkan ia sudah jauh malam. Saya dan anak turun ke bawah dan berjumpa dengan orang yang memanggil kami. Saya seperti tidak percaya bahawa akhirnya saya bertemu dengan kucing kesayangan saya.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada keluarga yang sangat jujur mengembalikan kucing saya. Dia menjelaskan bahawa dia baru sahaja ternampak poster yang di tampal. Sebelum ini pun mereka memang mencari pemilik kucing itu tetapi tidak tahu siapa pemiliknya.

Saya mendoakan semoga keluarga yang menjaga kucing saya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!