Seperti yang saya tulis sebelum ini tentang setiap guru yang sekolahnya menerima liputan YES 4G LTE, guru diberi telefon pintar Yes Altitude berserta data 2GB percuma setiap bulan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Belum sampai 3 hari saya menulis tentang telefon pintar percuma ini sudah ada aduan daripada rakan-rakan guru bahawa kuota data 2GB habis secara tiba-tiba walaupun tidak pernah menggunakannya untuk tujuan lain. Untuk rekod, data adalah percuma untuk tujuan pembelajaran di FrogVLE. Ini adalah sesuatu yang pelik kerana data YES 4G LTE lebih cebat habis berbanding dengan telco lain yang lebih maximum penggunaannya. Ada juga guru yang beranggapan YTL selaku pengendali YES 4G LTE penipu dengan sengaja menghilangkan data supaya guru-guru membeli data tambahan.

Terdapat juga aduan bahawa terdapat sendikit menjual ID YES guru di pasaran gelap yang menjual dengan harga murah kepada awam. Ini dikuatkan dengan bukti terdapat iklan di mudah dan facebook yang menjual ID Yes. Persoalannya siapa yang melakukannya? Adakah mereka kakitangan YES atau dikalangan pegawai F17? Apapun diharap pihak YES dapat menyelesaikan masalah ini.

Post a Comment