Semua guru yang menerima liputan 4G LTE 1BestariNet akan diberikan telefon pintar Yes Altitude berserta plan data 2GB. Data ini boleh digunakan pada telefon pintar YES 4G LTE iaitu untuk rangkaian data LTE, dan semua peranti aktif jalur YES iaitu untuk rangkaian data jalur lebar.

Pelan data guru 1BestariNet adalah pelan 4G LTE yang akan memberikan kuota 2GB rangkaian Internet bulanan LTE dan kuota 2GB data jalur lebar kepada semua guru di sekolah-sekolah penerima 1BestariNet 4G Zoom di seluruh Malaysia.

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications.

Manfaat Telefon YES Altitude 4G LTE
  • Guru akan diberi data LTE 2GB setiap bulan untuk digunakan dengan peranti Yes Altitude LTE.
  • Tambahan, guru juga diberidata Broadband 2GB yangboleh diguna pakai dengan mana-mana peranti YES lain.(Dongle, Huddle, Zoom).
  • Guru boleh berhubungdengan rakan guru lain dengan panggilan dan SMS tanpa kos, pada bila-bila masa, di mana juga.
  • Sebelum ini, setiap fungsi yang tersedia dalam Frog  VLE hanya boleh diakses oleh guru dan murid dengan komputer.
  • Dengan telefon 4G LTE, keupayaan mereka untuk mengakses fungsi-fungsi tersebut dipertingkatkan melalui penyepaduan beberapa aplikasi mudahalih Frog.
  • Bagaimana Frog VLE membantu dalam pembudayaan P&P abad ke-21?
  • Frog VLE, aplikasi Frog mudah alih, pelan data serta peranti yang diberikan adalah untuk memudahkan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk guru, murid dan ibu bapa.
SALURAN SOKONGAN

Coach KPM
  • Terdiri daripada pegawai-pegawai terpilih KPM
  • Jurulatih khas untuk membimbing sekolah dalam penggunaan teknologi
  • dan Frog VLE dalam P&P untuk 3 tahun
Hubs
  • Tempat perjumpaan komuniti guru-guru untuk tingkatkan kemahiran danberkongsi  pengalaman
  • Lokasi bengkel-bengkel  FrogVLE dan sesi perkongsian pengalamandan kemahiran
  • Terdiri daripada guru-guru sukarela
  • Sudi membimbing dan berkongsi ilmu dengan guru-guru lain dalam penggunaan Frog VLE
  • untuk pengajaran dan pembelajaran abad ke-21
  • Guru Advokasi dilatih dan dibimbing oleh Konsultan FrogAsia
  • Bengkel-bengkel ini direka khas untuk membimbing guru-guru dalam penggunaan Frog VLE untuk P&P. 
  • FrogBites adalah siri  pembelajaran dalam talian bagi guru-guru
  • Sesi Meet, Share, Learn adalah sesi perkongsian kaedah P&P abad ke-21 antara komuniti pendidik.

Post a Comment