Sudah seminggu igufran menunggu bungkusan yang igufran beli melalui lelong.com.my. Selepas dua hari menerima tracking kod, igufran mencuba mengetahui status bungkusan kerana menurut penghantar kiriman mungkin akan diupdate dalam masa 24 jam. Selepas 24 jam, rekod menunjukkan rekod tidak ditemui.

Hari Khamis status bungkusan "Dispatch out from origin station". Senangnya dalam hati, Isnin nanti boleh testing power untuk penyampaian ilmu, Sabtu boleh dapat sudah sebab biasanya pejabat Pos Malaysia dibuka pada setiap Sabtu di Tawau. Penantian satu penyeksaan, tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Igufran bukak komputer dan sekali lagi melihat status bungkusan..Status bungkusan Arrive at delivery office tapi arhhhhhh!!! Apa sudah jadi???

Tidak puas hati, igufran hubungi pihak pengirim. Minta salinan penghantaran. Sah.. alamat yang digunakan tidak ada cacat celanya. Mereka yang cacat ialah pekerja Pos Malaysia yang mabuk semasa bekerja. Alamat jelas ke daerah Tawau, bagaimana dihantar ke Sandakan pula? Bunyi Sandakan dengan Tawau sangat berbeza. Apatah lagi ejaannya. Bagaimana bungkusan igufran dihantar ke Sandakan?

Sebenarnya ini bukan kali pertama igufran kena. Kes ini sudah masuk kali yang ketiga. Paling teruk semasa bungkusan igufran terhantar ke Lahad Datu. Pekerja Pos Lahad Datu membiarkan bungkusan igufran tidur hampir dua minggu di pejabat Pos Lahad Datu tanpa melakukan apa-apa tindakan. Selepas menghubungi Pos Malaysia di Kuala Lumpur barulah pekerja Pos Malaysia cawangan Lahad Datu bergerak. Kini, sekali lagi igufran kena sebijik..memanglah, manusia mana tidak melakukan kesilapan tetapi kalau sudah buat silap tu cepat-cepatlah bertindak untuk membetulkan kesilapan..hantar segera bungkusan igufran ke Tawau..huhuu!!!

Sabar sajalah. Tengok dan lihat apa kejadian seterusnya bungkusan igufran. Kali ni igufran tak telefon Pos Malaysia macam sebelumnya. Cukuplah guna email saja yang akan diproses dalam masa 3 hari..


Akhirnya sampai juga bungkusan keramat yang tersasar jauh ke Sandakan. Walaupun agak lama sedikit sampai ke tangan igufran tetapi sekurang-kurangnya pegawai Pos Malaysia di Sandakan cukup bertanggungjawab dengan menghantar segera bungkusan ke Tawau. Bukan macam pegawai Pos Malaysia di Lahad Datu yang membiarkan bungkusan yang tersalah hantar tanpa melakukan apa-apa tindakan. Terima kasih pegawai Pos Malaysia cawangan Sandakan.. Anda adalah yang terbaik. Terima kasih Pegawai Pos Malaysia Cawangan Tawau..jangan bawa kereta macam kilat yeekkk..




Post a Comment