Apa Itu Bantuan SARA RM100 (One-Off)?
SARA ialah singkatan kepada Sumbangan Asas Rahmah. Kerajaan telah mengumumkan bantuan RM100 secara one-off kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira pendapatan, sempena Hari Kebangsaan 2025. Bantuan ini disalurkan automatik ke dalam MyKad untuk kegunaan pembelian barangan asas di kedai terpilih mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025
Siapa Layak Menerima?
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Tiada syarat pendapatan diperlukan—semua rakyat dewasa layak menerimanya secara automatik.
Bila Bantuan Diberikan & Tempoh Digunakan?
- Tarikh mula penggunaan: 31 Ogos 2025
- Tarikh akhir penggunaan: 31 Disember 2025
- Jumlah bantuan: RM100 secara one-off untuk setiap individu. Sebagai contoh, keluarga dengan 4 anggota dewasa menerima RM400
- Modal penggunaan: MyKad digunakan sebagai medium pembayaran tanpa tunai (cashless) di kedai berdaftar.
Cara Semak Kelayakan & Status Bantuan
- Layari Portal Rasmi MyKasih (menerusi https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus).
- Klik pada Semak Kelayakan atau pautan yang disediakan.
- Masukkan nombor MyKad (12 digit) tanpa tanda pisah.
- Status (layak/tidak) serta baki bantuan akan dipaparkan
- Semakan dibuka bermula 21 Ogos 2025
Barangan Apa Boleh Dibeli?
Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas dari lebih 4,100 premis runcit dan pasar raya di seluruh negara termasuk Giant, Mydin, HeroMarket, Lotus, Econsave, 99Speedmart, serta kedai runcit.
Contoh barangan yang dibenarkan:
- Makanan asas: beras, roti, telur, minyak masak, tepung, mi segera, makanan dalam tin, biskut, minuman
- Produk kebersihan diri & rumah: sabun mandi, syampu, ubat gigi, detergen, bahan pembersih.
- Ubat asas & produk kesihatan: panadol dan ubat-ubatan ringan
- Alatan sekolah: buku, alat tulis, beg sekolah
Semua barangan ini biasanya dilabel dengan label SARA atau MyKasih di rak harga.
Bagaimana Proses Pembayaran?
- Pilih barangan berlabel SARA di kedai terlibat.
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan status penerima.
- Juruwang imbas barangan dan anda masukkan PIN 6-digit MyKad untuk pengesahan pembayaran
- Simpan resit sebagai rekod baki selepas transaksi
- Jika jumlah pembelian melebihi RM100, baki perlu dibayar secara tunai atau kaedah lain.
Post a Comment