Ini tragedi menyayat hati pernah menggemparkan negara hingga meragut ramai nyawa.

9 Jun 2025:
Sekurang-kurangnya 15 pelajar UPSI maut dan tujuh parah apabila bas dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Jalan Raya Timur Barat, berhampiran Tasik Banding, Perak.

4 Februari 2019:
Satu maut, empat cedera apabila bas kilang terbabas berhampiran Kompleks Penjara Jawi, Pulau Pinang.

24 Oktober 2017:
Lapan pekerja kilang maut apabila dua bas dan sebuah van membawa kira-kira 30 penumpang bertembung di KM147 Lebuh Raya PLUS berdekatan Tol Juru, Pulau Pinang,

24 Disember 2016:
14 maut, 16 cedera apabila bas ekspres terjunam ke dalam cerun sedalam 6.1 meter di KM137 Lebuh Raya PLUS, berdekatan Kampong Jayo, Muar, Johor.

21 Ogos 2013:
37 termasuk pemandu bas maut, 16 cedera apabila bas membawa 52 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur

10 Oktober 2010:
12 maut, lebih 40 cedera dalam kemalangan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di KM223 Lebuh Raya PLUS berhampiran plaza tol Simpang Ampat di Alor Gajah, Melaka.

29 Oktober 2010:
7 maut, 20 cedera apabila bas pelancongan terbabas dan terbalik di KM3.8 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

26 Disember 2009:
10 penumpang maut, dua lagi cedera termasuk seorang parah apabila bas dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8 Lebuh Raya PLUS arah utara, berhampiran Plaza Tol Ipoh Selatan di Ipoh, Perak.

13 April 2009:
Enam maut apabila bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik di KM443 di Lebuh Raya PLUS dekat Rawang, Selangor.

13 Ogos 2007:
20 penumpang maut, sembilan parah selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan terbalik di KM229 Lebuh Raya PLUS, dekat Bukit Gantang, Perak.

30 Julai 2006:
11 maut, 35 cedera, termasuk sembilan parah apabila bas persiaran dinaiki terbalik di KM160.8 Lebuh Raya PLUS di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

23 November 2003:
14 maut, 30 cedera apabila dua bas bertembung di KM68, Jalan Lipis-Merapoh, berdekatan sempadan Pahang-Kelantan.

Julai 1996:
17 mangsa termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands, Pahang.

🎉 Tukar TV Biasa Anda Jadi ‘Smart TV’ Sekelip Mata! 🎉

📺 Android TV Box – Dunia Hiburan Tanpa Batas, Tanpa Bayaran Bulanan!

Nak tengok beribu-ribu siaran TV, filem, drama, rancangan kanak-kanak dan banyak lagi — semuanya PERCUMA? Kini anda boleh!

✅ Akses pelbagai aplikasi hiburan popular seperti YouTube, Kodi, Netflix (versi percuma), dan banyak lagi
✅ Tonton saluran tempatan & antarabangsa secara percuma – tanpa kabel, tanpa kontrak!
✅ Plug & play – sambung ke WiFi dan terus menonton
✅ Menyokong format 4K Ultra HD – kualiti gambar yang tajam dan memukau
✅ Sesuai untuk seisi keluarga – hiburan tanpa henti dari pagi sampai malam!

💥 JIMAT BESAR – Tiada bayaran bulanan, tiada komitmen!
💥 Sesuai untuk semua jenis TV dengan port HDMI

📦 Stok terhad! Dapatkan Android TV Box anda hari ini dan alami hiburan seperti di pawagam – terus dari ruang tamu rumah anda!


-sinarharian

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!