Hari ini 15.1.2025 pertukaran di egtukar diumumkan. Tahun ini merupakan tahun kelima saya memohon dan tahun kelima gagal pindah. Ada guru baru tiga minggu dapat pindah, ada guru baru lapan bulan dapat pindah, ada guru baru satu tahun dapat pindah, ada guru baru dua tahun dapat pindah.. itu semua kroni.
Ini kali saya berdoa untuk perpindahan akan datang kerana hari ini sesungguhnya saya sangat kecewa.
Ya Allah ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Engkaulah yang menggenggam hati setiap hamba-Mu, dan Engkaulah yang membolak-balikkan hati manusia sesuai kehendak-Mu.
Ya Allah ya Tuhanku, saya memohon kepada-Mu dengan segala kerendahan hati,
Lembutkanlah hati pegawai yang berkuasa dalam urusan perpindahan ini iaitu Zufaini Karim PPD Tuaran,
Bukanlah juga hati Guru Besar saya, supaya menyokong penuh permohonan pindah ku,
Bukakanlah hati mereka untuk memahami niat tulus dan keperluan ku,
Serta tanamkanlah dalam hati mereka rasa belas kasih dan keadilan.
Ya Allah ya Tuhanku, jika permohonan ini adalah yang terbaik menurut-Mu,
Mudahkanlah segala urusan ku Ya Allah ya Tuhanku,
Permudah perpindahan ini agar membawa keberkahan bagi ku dan guru-guru lain yang memohon pindah.
Tetapi jika menurut-Mu perpindahan ini gagal kerana sikap pilih kasih,
Maka kuatkan hati ku untuk menerima takdir-Mu,
Dan gantilah dengan keputusan yang lebih baik dan penuh hikmah di kemudian hari.
Ya Allah ya Tuhanku, hanya kepada-Mu aku bergantung harapan,
Hanya kepada-Mu aku memohon pertolongan,
Karena Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa-doa ku. Amen.
Post a Comment