Tular orang Kelantan buat ritual buang sampah sebelum pulang kampung


Beberapa hari lagi umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakan mereka ada yang sudah mula bergerak balik ke kampung masing-masing sama ada menaiki kalap terbang, mengikuti bas awam atau memandu kenderaan sendiri.

Sekarang ini tular di media sosial memperli perantau orang Kelantan yang balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Perantau dikatakan mengadakan upacara tahunan membuang sampah di tepi jalan sebagai satu ritual yang lebih kurang sama dengan melontar jamrah.

Perantau orang Kelantan dikatakan membuang sampah di sempadan Pahang sebelum memasuki negeri Kelantan sebagai sebuah bentuk penyucian diri. Ini menyebabkan bertan-tan sampah yang terdapat di kawasan sempadan.

Sampah-sampah itu dikatakan mewakili dosa-dosa mereka sepanjang mereka menetap dan bekerja di negeri-negeri Pakatan Harapan yang banyak maksiat. Oleh itu sebelum balik ke kampung halaman mereka mengadakan ritual untuk menyucikan diri daripada dosa dengan cara membuang sampah sebelum memasuki Kelantan.

Penulis itu menambah, orang Kalantan hanya layak balik ke kampung halaman apabila kembali suci selepas membuang sampah di sempadan. 

Tulisan netizen ini sebenarnya hanya sindiran pedas kepada segelintir perantau Kelantan yang pengotor membuang sampah di tepi jalan sebelum memasuki sempadan Kelantan.'Kalau satu ke dua sampah mungkin seorang saja perangainya hauk tapi kalau dan bertimbun sampah sepanjang jalan kau rasa tak semua perangai mereka hauk?"

Namun bukan semua orang Kelantan pengotor. Seorang perantau Kelantan berasa malu dengan sikap segelintir rakyat Kelantan. Nikita mengaku orang Kelantan berasa pelik dan tidak faham dengan perangai orang Kelantan yang suka membuang sampah di tepi jalan sebelum memasuki sempadan Kelantan. "Tentu ada plastik dalam kereta untuk tempat mengisi sampah yang boleh dibuang apabila menjumpai tong sampah" tulisnya. Malah dia sangat pantang kalau anak-anak membuang sampah merata tempat.

Ramai yang mengutuk sikap manusia yang suka membuang sampah di merata tempat. Ada juga yang mengatakan orang Kelantan pantang ditegur. ada yang mendakwa mereka dibawa 'gocoh' hanya kerana menegur supaya tidak membuang sampah merata tempat." Knowing Kelantanese, tegur sikit ajak gocoh, tegur sikit gertak, tegur sikit bawa geng nak pukul" komen yang lain.

Bagi saya perbuatan individu membuang sampah di merata tempat tidak kira oleh siapa, di negeri mana, bangsa apa pun kerana mereka memang dilahirkan dengan pemikiran saya buang sampah nanti ada orang kutip. Mereka sedar perbuatan mereka tidak baik tetapi mereka tetap membuang sampah. Dimana-mana di Malaysia ini ramai yang sama perangai dengan perantau Kelantan yang hauk ni. Lihat sahaja di pantai, tempat haiking ada saja kelihatan sampah di merata tempat.

Semoga dengan sindiran netizen ini akan mengubah sikap individu yang suka membuang sampah di merata tempat demi kelestarian alam sekitar. Bawa plastik tempat isi sampah sendiri dan buang di tong sampah nanti. Kalau malas angkat sampah mungkin lebih bagus sediakan plastik dan kumpul sampah dalam plastik bagi memudahkan orang baik mengangkat sampah anda.

Apapun, kepada perantau berhati-hati semasa memandu supaya selamat sampai ke destinasi. Sebelum memulakan perjalanan jangan lupa membawa kelengkapan peribadi untuk keselesaan perjalanan dan peralatan kereta seperti alat pump tayar dan jumper bateri kereta mana tahu tiba-tiba bateri kong.

Tip semasa dalam perjalanan


1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan  nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.

2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.

3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.

4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasangkan lampu hadapan. Elakkan daripada memandu dengan laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan. 

5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat, hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.

6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memotong. Jangan menghalang kenderaan lain kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar. Patuhi had laju yang telah ditetapkan bagi mengelakkan anda tidak disaman.
 

Post a Comment