Berikut ialah soalan sering diajukan semasa menghadiri temu duga Latihan Separa Perubatan yang ingin kami kongsikan sebagai persediaan untuk anda menghadapi temuduga tersebut. Anda boleh berlatih menjawab contoh soalan temuduga Separa Perubatan ini di bawah untuk persiapan temuduga anda. Di bawah sekali ada dikongsikan soalan sebenar yang dikongsikan oleh calon semasa sesi temu duga. Namun semasa post ini dimuat naik, keputusan temu duga beliau belum keluar.
 
1.Sila perkenalkan diri anda.

2.Mengapa anda berminat nak menceburi latihan separa perubatan?

3.Adakah anda layak menceburi bidang latihan separa perubatan?

4.Apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk menjawat latihan separa perubatan?

5.Bagaimana anda hendak menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan pesakit yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia?

6.Sebutkan bidang-bidang latihan separa perubatan yang kamu tahu.

7.Berikan perbezaan di antara klinik dan hospital.

8.Berikan punca kepada demam malaria zika serta langkah-langkah untuk mencegahnya.

9.Berikan nama bagi Menteri Kesihatan Malaysia yang terkini.

10.Berikan nama bagi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

11.Senaraikan 3 jenis penyakit yang berpunca dari air tercemar.

12.Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kempen kesihatan yang anda tahu.

13.Nyatakan contoh penyakit yang disebabkan oleh kandungan gula berlebihan.

14.Nyatakan 5 contoh jabatan yang terdapat di hospital kerajaan.

15.Bolehkah anda bekerja dalam syif siang dan malam secara berganti-ganti?

16.Ceritakan tentang piramid makanan yang anda tahu.

17.Terangkan misi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

18.Terangkan mengenai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan fungsinya.

19.Apakah perbezaan jururawat dengan jururawat pergigian?

20.Terangkan risiko kerja yang ditanggung oleh Juru X-Ray.

21.Apakah bidang latihan yang menjadi pilihan anda?

22.Mengapa anda memilihi bidang latihan tersebut?

23.Berapa lamakah anda akan menjalani latihan bidang tersebut?

24.Ada apa-apa soalan yang anda hendak tanya?

Pengalaman sebenar Calon Temuduga SPA Separa Perubatan


Soalan : Sila perkenalkan diri anda

Jawapan : Nama saya Chelsy. Sekarang ini saya sedang belajar di UITM Kota Samarahan dalam bidang kejuruteraan awam. Sekarang ini saya dalam semester 3. Saya berasal dari Tuaran Sabah

soalan : Awak dalam sudah sem 3, mengapa memohon Latihan Separa Perubatan?

Jawapan :  

Soalan : Jadi awak memang sangat berminat bidang ini. Awak tidak menyesal ke meninggalkan pengajian sekarang?

Jawapan :

Soalan : Juru X-ray pilihan utama awak, boleh ceritakan apa yang anda tahu tentang x-ray?

Jawapan :

Soalan : Betul awak tidak menyesal meninggalkan pengajian awak? 

Jawapan :

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!