Keladi Tikus merupakan sejenis keladi dengan ketinggian antara 20-30cm. Keladi tikus dipercayai mempunyai khasiat untuk membunuh sel kanser. Keladi Tikus merupakan sejenis herba yang tumbuh secara semulajadi di Asia Tenggara seperti Malaysia. Malangnya keladi tikus ini dikatakan semakin pupus disebabkan oleh pembukaan penempatan baru.

Keladi tikus dikatakan dapat membunuh sel-sel kanser dan membaiki semula sel yang telah rosak akibat kemoterapi. Herba ini bersifat anti virus dan anti bakteria. Pati tumbuhan keladi yang diminum dapat digunakan membersihkan racun dalam tubuh, melancarkan perkumuhan dan secara umum membersihkan sistem pencernaan. Hampas keladi tikus yang ditumbuk boleh terus disapukan ke bahagian tubuh yang luka agar nanah keluar dan bengkak berkurangan.

Selain dikatakan mematikan sel kanser, kaladi tikus juga boleh boleh mengubati jangkitan seperti batuk, asma dan jangkitan lain kerana keladi tikus mempunyai sifat anti bakteria.

Seorang pengguna di Tiktok @CikPuanNorly memberitahu dalam ruang komen video pengguna yang mempunyai anak sedang menghidap kanser osteosarcoma bahawa ibu saudaranya menghidap kanser usus mengamalkan mengambil keladi tikus dan kanser yang dihidapinya berjaya pulih. Terdapat juga beberapa pengguna lain menyatakan dalam ruang komen bahawa keladi tikus telah menyebabkan sel kanser yang dihidapi mereka semakin kecut.

Apapun ini adalah ikthiar untuk melawan segala penyakit, sebaiknya Tuhanlah perancang. Tidak salah mencuba untuk mendapatkan ubat-ubatan alternatif.


Post a Comment