Tiga hari lagi anak akan menduduki ujian psikometrik untuk kemasukan Latihan sepera Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya berharap anak saya berjaya melepasi ujian psikometrik kali ini selepas kecewa dalam ujian psikometrik sebelum ini.

Latihan Separa Perubatan (Gabungan 10 Latihan Bertaraf Diploma)
[Tarikh PSEE : 23 Februari 2024]

Menduduki Ujian Psikometrik

Sebelum ini anak saya pernah mengikuti ujian psikometrik untuk kemasukan pendidikan tetapi tidak berjaya dipanggil ke temuduga. Itu tandanya tidak berjaya melepasi ujian psikometrik. Keputusan SPM anak tidaklah teruk sangat malah lebih baik jika saya bandingkan dengan rakannya yang mendapat panggilan temuduga. Selepas mencungkil rahsia kejayaan rupanya ibu bapa mereka berkorban untuk mendapatkan rujukan ujian psikometrik. Mana tahukan rujukan ini telah membantu beliau melepasi ujian psikometrik. Saya sebenarnya mengetahui rujukan ujian psikometrik ini tetapi mengabaikannya kerana beranggapan ujian ini mudah sekadar memilih jawapan Ya, Tidak dan Tidak Pasti. Lagipun keputusan anak cemerlang juga dalam SPM jadi anggap anak boleh menjawabnya dengan mudah. Kesilapan besar diri sendiri.

Beli Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Ini kali saya belikan anak contoh soalan ujian psikometrik. Harganya tidak mahal sangat cuma RM40. Dalam bentuk pdf, lepas bayar rupanya boleh akses bahan dan terus buat ulangkaji. Saya harap dia baca betul-betul sehingga faham supaya berjaya melepasi ujian ini. 

Saya pun turut baca dan cuba menjawab contoh-contoh soalan. Pandangan kali pertama nampak memang mudah tetapi selepas menjawab 20 soalan saya cuma lepas 12 soalan berdasarkan contoh jawapan dan huraian yang disediakan. Selepas membaca nota barulah saya faham sebab jawapan saya kelaut. Tanpa membuang masa saya print kesemua contoh soalan dan huraian jawapan untuk anak baca sebab dia kata susah betul baca dalam komputer.

Berbaloikan contoh soalan ini?

Dari segi harga sangat berbaloi. Boleh beli pakej basik atau upgrade. Sama ada contoh soalan ujian psikometrik ini benar-benar membantu calon lulus saya tidak berani jamin sebab anak saya belum pun menduduki ujian psikometrik  tapi bagus juga ada persiapan rapi sebelum pergi bertempur. Nanti saya akan kemas kini selepas anak mendapat keputusan. Jika tidak ada kemas kini bermakna anak tidak berjaya melepasi ujian psikometrik.

Kandungan Rujukan Ujian Psikometrik

Terdapat 3 bahagian soalan dan nota penerangan setiap soalan. Itulah yang saya nampak. Secara kasarnya ia sangat bagus kalau dibaca betul-betul. 

Saya belanja satu contoh soalan, harap penulis tidak saman saya. Huraian jawapan korang boleh dapat diakhir soalan ini tapi saya tidak mahu kongsi.. 

Di mana saya beli?

Kawan anak saya rekomenkan, minta kongsi yang sudah dia beli tidak boleh sebab berdosa katanya. Kongsi pun berdosa ke? dalam hati saya selepas anak bagi tahu. Selepas sendiri beli, benarlah, kalau tidak mahu buat dosa beli dengan penjual yang sah dan jangan kongsi-kongsi kecuali jika tidak takut buat dosa. Jika mahu belikan untuk anak atau diri sendiri boleh tengok di Saluran Telegram Exam SPA atau terus ke halaman jual rujukan ujian psikometrik.


Sekian, Nanti saya review lagi jika anak berjaya melepasi ujian psikometrik..

Berjaya melepasi


Salam sejahtera semua. Anak saya berjaya melepasi ujian psikometrik dengan bantuan rujukan ujian pasikometrik yang dibeli . Banyak juga soalan yang diberikan jadi boleh buat seberapa banyak soalan. Kalau tidak faham boleh rujuk nota yang dibekalkan.. itu yang saya nampak sebab tidak berapa membaca. Jadi sekarang, tinggal satu langkah lagi untuk anak saya mencapai impiannya iaitu sesi temu duga. Saya harap dia berjaya dalam temuduga nanti. Sekarang ini tengah mencari rujukan temuduga. Ada pun yang saya jumpa tetapi untuk memasuki alam pekerjaan bukan untuk memasuki latihan.  Oh ya, di bawah ini adalah keputusan anak sebelum mendapatkan rujukan ujian psikometrik. 





Post a Comment