Kini, sudah ramai pengguna menggunakan lampu solar luar rumah untuk penjimatan tenaga elektrik ekoran kos sara hidup yang semakin meningkat. Seperti yang semua tahu, lampu solar direka dengan panel suria yang akan memerangkap tenaga matahari dan menukarkan ia menjadi tenaga elektrik untuk menyalakan lampu.

Lampu solar luar rumah ini akan menyala secara automatik pada waktu malam kerana ia dilengkapi dengan sensor cahaya. Jadi kalau balik lewat pada waktu malam pun dari kerja perkarangan rumah sudah terang benderang.

Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak jenis lampu solar di pasaran seperti lampu solar taman, lampu solar dalam rumah, lampu solar kebun dan banyak lagi. Saya memasang lampu solar luar rumah sebanyak 11 buah dan sebiji lampu solar di dapur untuk penjimatan bil elektrik. Hanya ruang tamu dan bilik sahaja tidak dipasang solar kerana memerlukan wayar yang panjang.

Harga lampu solar ada yang mampu milik dan anda boleh dapatkannya di kedai ataupun boleh beli lampu solar di Shopee. Harga bergantung kepada kualiti tetapi kalau mahu lampu solar tahan saya cadangkan beli yang berkualiti supaya tidak menyesal.

Jom saya kongsi antara lampu solar yang saya guna iaitu antara lampu solar terbaik yang saya pernah beli. Kesemua lampu solar ini bertahan sehingga pagi. 

Ini seumur dengan solar yang saya suka. Saja beli ini untuk mencuba dan ternyata sangat cemerlang. Terang benderang sehingga pagi. Saya ada ulang order juga dengan yang ini tetapi malangnya belum pasang kerana dia punya panel pecah. Seller belum hantar ganti walaupun dia berjanji akan mengganti yang baharu. Kalau dia tak ganti saya tidak akan beli lagi dengan seller ini walaupun saya suka dengan lampu solar ini. Kalau anda berminat dengan ini boleh dapatkan di shopee Malaysia.


Ini kira baru berkhidmat belum sampai setahun. Ini adalah antara lampu solar paling saya suka sebab cahayanya terang. Lepas berpuas hati dengan yang ini, saya beli kali kedua. Baru semalam pasang.


Ini ulang order dan akan datang kalau yang lain rosak tetap akan beli yang ini. Seller dia bagus. Pembungkusan pun bagus. Kalau berminat boleh dapatkan di shopee Malaysia.




Ini kira lampu solar pertama saya beli jenis lekat di dinding. Ini saya beli 3 biji. Sudah berkhidmat lebih setahun, menyala sampai pagi. Tidak perlu kos tambahan beli tiang, hanya lekat di dinding tapi kena ada drill untuk tebuk dinding. Saya guna drill murah saja jenama Keelat Impact Drill. Minat solar ni boleh dapatkan di Shopee Malaysia.


Ini lampu solar jenis siling saya pasang di geraj kereta dan juga di dapur. Berkhidmat dengan cemerlang boleh sampai pagi boleh jimat elektrik. Berminat boleh dapatkan di shopee Malaysia.


Ini sudah setahun saya guna masih beraksi dengan cemerlang kecuali yang satu tidak boleh bertahan sehingga pagi mahu ganti baru. Saya beli tiga biji pada tahun pertengahan 2021. Kalau guna ini perlu kos tambahan untuk beli tiang. Saya tidak berapa suka yang ini sebab ia akan terang benderang jika mengesan pergerakan. Berminat boleh dapatkan di shopee Malaysia.


Ini dalam perjalanan bikin ganti lampu yang tidak bertahan sampai pagi. Saya suka lampu ini sebab berdasarkan keterangan ia sentiasa terang, tidak perlu motion. Berminat boleh dapatkan di shopee Malaysia.


Waktu malam halaman rumah saya terang benderang. Mati elektrik pun halaman rumah masih terang-benderang. Keluar rumah pun tidak seram sebab halaman macam siang. 

Antara lampu solar yang saya miliki, semua saya puas hati kecuali yang warna hitam itu. Walaupun watt dia tinggi tetapi lampu kurang terang. 

Post a Comment