Sekarang ini trending di media sosial orang ramai dan orang politik begitu memperjuangkan pengeluaran KWSP secara bersasar. Mereka yang memperjuangkan itu benar-benar susah atau sebagai alat kepada orang politik hanya mereka sahaja yang tahu.

Kita seharusnya berusaha menjana pendapatan sampingan dan bukan mengharapkan simpanan hari tua atau bantuan daripada kerajaan untuk menampung perbelanjaan kehidupan kita semasa kita masih bertenaga. Kalau kita keluarkan simpanan hari tua seperti KWSP bagaimana kita hidup selepas pencen? Adakah kompeni yang rela mengambil kita sebagai pekerja dalam keadaan yang berusia? Sudah tentu tidak. Jadi bagaimana meneruskan kehidupan? mengharap anak-anak? syukurlah kalau ada anak yang berkerjaya dan berpendapatan tinggi.

Seorang menteri pernah menyarankan orang ramai supaya melakukan lebih daripada satu pekerjaan dan ramai yang hentam beliau. Secara peribadi saya setuju dengan saranan itu kerana sememangnya gaji saya tidak cukup untuk bayar perbelanjaan keluarga, bayar kereta dan bayaran rumah. Itu belum masuk bayaran utiliti. Saya pernah jadi driver grab dan syukur menjana pendapatan sehingga RM4000 sebulan walaupun hanya dilakukan pada waktu malam dan hujung minggu.

Sekarang banyak peluang menjana pendapatan sampingan dengan hanya duduk di rumah sahaja. Sekarang saya fokus menjana pendapatan sebagai agen affiliate. Walaupun komisyen yang diperolehi tidak sehebat bawa grab tetapi masih berbaloi.

Trend sekarang semua orang membeli belah dalam talian sebab itu dikatakan mall agak sunyi sebelum perayaan Hari Raya Puasa. Namun urusniaga beli belah online sangat hebat sehinggakan syarikat kurier tidak menang tangan untuk mengurus parcel pengguna.

Jadi mengapa tidak mengambil peluang ini untuk menjana pendapatan sebagai agen affiliate? Terdapat banyak vendor yang menawarkan progerm affiliate seperti shopee, lazada, zalora, youbeli dan banyak lagi. Kalau join satu-satu program ini lenguh tangan kita mengisi borang walaupun secara dalam talian. Hal ini dapat diatasi dengan hanya membuka satu akaun kemudian promosi banyak vendor dengan pelbagai produk. Jika berminat boleh menyertai sebagai Publisher Involve Asia kemudian promosikan produk shopee, lazada, zalora, malaysia airlines, dan banyak lagi.

Zaman media sosial ini tidaklah susah sangat mempromosi produk yang yang kita suka. Sekarang ada whatsapp, telegram, facebook dan tiktok. Semua boleh digunakan sebagai alat untuk buat promosi. Seperti kata orang berjaya, rugi melayan media sosial kalau tidak dapat sesen pun.

Akhir sekali jangan kita ikut-ikutan orang politik melolong mahukan pengeluaran bersasar KWSP. Biarkan ia sebagai simpanan hari tua. Kalau anda bermula hari ini, ada dua kemungkinan yang anda akan dapat. Pertama anda akan berjaya dan kedua anda tidak berjaya. Sebaliknya jika anda tidak memulakan usaha anda hari ini anda cuma dapat satu iaitu kegagalan. Mahu bermula? join sebagai Publisher Involve Asia.


Post a Comment