Hari ini saya menulis sedikit tentang pengalaman saya menggunakan keelat impact wrench. Impact wrench ini ada banyak kegunaan dan bukan untuk buka tayar kereta seperti yang diiklankan. Selain membuka nut tayar kereta, impact wrench ini juga boleh digunakan untuk memasang dan membuka peralatan rumah yang mempunyai nut. Jika socket ditukar dengan mata philips maka impact wrench ini boleh juga digunakan untuk membuka screw.

Mengapa saya membeli Keelat Impact Wrench

Pertama selepas melihat beberapa review di youtube, saya dapati keelat impact wrench ini mempunyai sedikit kelebihan berbanding dengan impact wrench yang sekelas dengannya.

Kedua, dia punya harga murah jika dibandingkan dengan kemampuannya malah murah berbanding dengan impact wrench yang lain tetapi atas sikit dengan bossman impact wrench.

Ketiga, saya sudah membeli pemotong rumput juga daripada jenama keelat jadi saya boleh guna bateri ini jika perlu kerana bateri pemotong rumput dengan impact wrench ini sepadan.

Kelebihan Keelat Impact Wrench

Pertama ia sangat berkuasa untuk membuka nut tayar kereta. Saya sudah mencuba dan ia berjaya membuka seperti yang diiklankan.

Impact Wrench ini mempunyai box jadi ia mudah dibawa ke dalam kereta supaya nampak lebih kemas. Terdapat impact wrench daripada jenama lain hanya dibekalkan kotak.

Berkualiti walaupun buatan China. Buatan sangat kemas walaupun harganya murah




Post a Comment