Kerajaan negeri telahpun mengumumkan bonus kakitangan awam masing-masing dalam pembentangan bajet. Bonus diberikan kepada kakitangan awam sebagai menghargai jasa penjawat awam yang telah menggerakkan pentadbiran kerajaan. Mari lihat bonus yang diterima oleh kakitangan awam setiap negeri di Malaysia.
Terengganu - Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam. Bonus itu diumumkan semasa pembentangan bajet negeri Terengganu 2023.
Sabah - Kerajaan Sabah bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,000 kepada lebih 20,000 penjawat awam. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan, bayaran itu akan dibayar dua kali yang mana pertama pada Januari 2023 manakala bayaran kedua pada April 2023.
Pahang - Sebanyak 8,000 penjawat awam Pahang menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak satu setengah bulan gaji dengan pembayaran akan dibuat menerusi dua transkasi, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Bayaran sebanyak satu bulan gaji akan dikreditkan pada tahun 2022 manakala bakinya dibayar pada Januari 2023.
Selangor - Kerajaan Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan ( BKK ) tahun 2022 kepada semua anggota berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebanyak dua bulan setengah.
Pulau Pinang - Kakitangan awam kerajaan negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.
Negeri Sembilan - Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) satu bulan setengah gaji atau minimum RM2,500 kepada 5,599 orang penjawat awam di negeri itu. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata bantuan itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada penjawat awam negeri itu, yang sentiasa komited dalam melaksanakan tugas diamanahkan.
Kedah - Kerajaan Kedah mengumumkan `bonus’ RM1,500 kepada penjawat awam negeri ini yang akan diagihkan hujung tahun ini. Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, peruntukkan sebanyak RM8 juta disediakan bagi bantuan tersebut.
Kelantan - Kerajaan Kelantan memperuntukkan sebanyak RM13 juta untuk pemberian bonus kepada semua penjawat awam di negeri ini.Kesemua penjawat awam itu bakal menerima RM1,500 yang akan diterima pada awal Januari tahun depan.
Sarawak - Kerajaan Sarawak mengumumkan bonus minimum RM 2,000 kepada penjawat awam negeri manakala penjawat awam persekutuan turut diberikan RM 500 yang akan dibayar sebelum penghujung 2022.
Johor - Kerajaan Johor mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 13,400 penjawat awam negeri ini.
Melaka - Kerajaan Melaka mengumumkan pemberian dua Bantuan Khas Kewangan kepada kira-kira 5,000 penjawat awam negeri itu membabitkan peruntukan RM10 juta. Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, bantuan khas itu bagi menghargai khidmat bakti kumpulan penjawat awam dengan bantuan pertama berjumlah RM700 akan dibayar pada bulan ini (Disember).
Perlis - Menerusi pembentangan Bajet 2022, Menteri Kewangan menyatakan bahawa dalam menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, bantuan khas kewangan secara sekali bayar akan diberikan sebanyak: RM700 : Penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. RM350 : Pesara kerajaan.
Perak - Perak mengumumkan bantuan khas kewangan satu setengah bulan gaji atau minimum RM2,000 kepada penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri menerusi pembentangan Belanjawan Perak 2023 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, hari ini. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata pembayaran membabitkan semua penjawat awam di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu termasuk Ex-Officio, semua guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian (PSH).
Post a Comment