Kali ini saya kogsi pengalaman saya menghadapi masalah lampu power Dell Optiplex tiba-tiba berkelip-kelip. Kalau sudah situasi macam itu, tidak boleh sudah buat kerja. Bikin gawat jika ada tugasan yang perlu disiapkan segera.


Jika anda menghadapi masalah seperti itu, cuba tenang dahulu. Jangan panik kerana ia mungkin boleh anda selesaikannya sendiri. Berdasarkan pengalaman saya, saya dapat selesaikan masalah ini kurang daripada 10 minit. 


Ikuti langkah-langkah ini mana tahu dapat membantu anda.


1. Macam biasa, untuk keselamatan matikan sambungan elektrik.

2. Buka komputer, cari ram kemudian tanggalkan. Sambungkan elektrik kemudian cuba hidupkan komputer. Kalau tidak ada lagi berkelip-kelip maknanya ram ada masalah.

3. Bersihkan ram menggunakan pemadam. Bersihkan juga tempat ram menggunakan berus cat atau berus warna. Kemudian, letakkan kembali ram ke tempat asal.

4. Hidupkan komputer. Jika berjaya masalah lampu komputer berkelip-kelip selesai. Jika masih lagi berkelip-kelip mungkin ada masalah lain.

Begitulah saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi. Semoga ia berjaya menyelesaikan masalah anda pula.


Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!