Saya sudah kena racun oleh kawan-kawan sehingga terbeli basikal lipat. Selepas beberapa hari mempertimbangkan basikal yang saya ambil akhirnya buat keputusan angkat TRS Topaz dengan harga RM990 tidak termasuk kos penghantaran sebanyak RM152 ke Sabah. Masih berbaloi jika banding beli basikal model ini di kedai basikal di Sabah yang dijual dalam RM1500.

MTB masih pilihan utama saya apabila ride untuk jarak yang jauh. Untuk ride santai saya dan teman-teman akan guna basikal lipat. Mengapa saya ambil TRS Topaz dan bukan TRS Rover atau Rocher? Sudah tentu soal harga. Ia jauh lebih murah berbanding dua model basikal ini. MTB saya pun bukannya mahal sangat. Harga dia pun hawah RM2000. Beli basikal untuk riadah bukan untuk berlumba. Orang cakap lagi mahal basikal lagi sedap ride. Tinggal dengar saja la sebab hanya murah ini yang termampu.

Selain faktor harga, spec antara TRS Topaz dengan TRS Rover lebih kurang sama. Beza pedal, groupset, brake dan speed. Walaupun speed TRS Rover 1X9 tetapi boleh saja cucuk kalau kaki kuat. Ini boleh pelan-pelan upgrade pada masa akan datang. 

Jika anda ada kelebihan, saya cadangkan ambil terus TRS Rocher tak perlu lagi fikir soal upgrade. Bagi saya semuanya sudah cukup sempurna. 

Apapun mari kita lihat perbandingan tiga model basikal lipat ini supaya anda membuat pilihan dengan tepat.

Speed
Rocher mempunyai 10 kelajuan
Rover mempunyai 9 kelajuan
Topaz mempunyai 8 kelajuan

Frame
Frame kesemua model basikal ini dibuat daripada aluminium.

Fork
Fork TRS Rocher diperbuat daripada aluminium, sementara Rover dan Topaz diperbuat daripada steel.

Handlebar
Handlebar bagi kesemua model basikal lipat ini diperbuat daripada aluminium.

Berat
Rocher 12.5kg
Rover 13.3kg
Topaz 13.1kg

Untuk mendapatkan maklumat lain, anda boleh baca melalui link yang saya berikan di bawah ;

Klik sini untuk melihat spec model Rocher

Klik sini untuk melihat spec model Rover

Klik sini untuk melihat spec model Topaz



Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!