Salam sejahtera semua, kali ni cerita pasal basikal lipat daripada TRS Rocher Shimano jenama Malaysia. Ya sokonglah jenama Malaysia.
Basikal lipas TRS Rocher sudah lama berada di kedai basikal dan peminat basikal ini juga boleh dibeli secara dalam talian sama ada di shopee Malaysia atau di lazada Malaysia.
Basikal TRS Rocher mempunyai saiz 20 inci mengikut saiz tayar. Bahan kemasan frame dibuat daripada aloy aluminium. Jika anda berminat dengan basikal ini, terdapat dua pilihan warna iaitu merah hitam dan kuning hitam.
Design TRS Rocher melengkung seolah-olah seperti dolpin dan rasanya kebanyakan model basikal lipat TRS mempunyai bentuk sama cuma yang membezakannya adalah aksesories.
Bahagian frame TRS Rocher mempunyai tulisan TRS. Framenya pula kelihatan beralun dan sangat menarik untuk dilihat. Setiap sambungan mempunyai kesan welding tetapi masih kelihatan kemas.
Bahagian fram TRS Rocher ini juga sudah tersedia tempat botol. Anda cuma beli botol dan tempatnya jika tidak disediakan oleh peniaga. Kebiasaannya mereka memberikannya secara percuma namun ia bergantung kepada kedai.
Basikal ini dipasang dengan mix groupset dengan 1x10 kelajuan. Bahagian crankset cuma satu sahaja yang besar 52T.
Maklumat lanjut boleh diperolehi di sini.
Jika anda berminat untuk mendapatkan basikal ini, datanglah ke kedai basikal atau boleh berbelanja di shopee.
Post a Comment