Tips menurunkan berat badan
Berat badan berlebihan dikaitkan dengan penyakit berbahaya seperti darah tinggi, buah pinggang dan jantung. Menurunkan berat badan merupakan salah satu kesedaran terhadap penjagaan kesihatan tanpa mengira usia. Tanpa keazaman yang tinggi seseorang tidak mudah untuk menurunkan berat badan kecuali menelan pil. Namun cara paling selamat ialah mengubah gaya hidup.
Berikut merupakan tips daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan tanpa mengambil pil.
1. Tekad untuk menurunkan berat badan atas sebab mahu menjaga kesihatan diri sendiri dan untuk orang yang tersayang. Tanpa tekad, seseorang itu tidak akan berjaya menurunkan berat badan.
2. Menjaga pemakanan dalam diet seharian bagi membantu menurunkan berat badan. Antara amalan yang disarankan adalah seperti berikut;
a) Elakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula serta karbohidrat tinggi dalam diet seharian.
b) Elakkan menggunakan garam, bahan perisa dan minyak dalam masakan. Rasa makanan memang tidak sedap tetapi ia akan memberi banyak kebaikan.
c) Banyakkan mengambil sayur dalam set pemakanan seharian seperti makan tengah hari dan makan malam. Adalah digalakkan tidak mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi pada waktu malam. Memadailah dengan mengambil sayur-sayuran.
3. Melakukan senaman pada setiap hari. Kesibukan bekerja bukan alasan untuk tidak ada masa bersenam. Bersenam boleh dilakukan dimana-mana sahaja. Anda boleh bersenam sebelum pergi bekerja atau selepas bekerja. Ambil masa bersenam antara 15 - 30 minit dan jadikan ia rutin setiap sehari. Aktiviti senaman tentu mencabar tetapi dengan keazaman yang tinggi akan membuahkan hasil. Apabila menampakkan hasil anda akan lebih bersemangat dan paling penting jadikan diet dan senaman sebagai aktiviti yang menyeronokkan.
Post a Comment