Bagi yang memiliki komputer tentunya mahu membeli komputer baru yang masih berbungkus. Saya juga pernah membeli komputer yang masih berbungkus. Namun sejak kebelakangan ini saya dapati komputer berbungkus mengikut spec yang saya kehendaki agak mahal.


Bulan Jun 2020, komputer desktop saya daripada jenama Acer meragam selepas 8 tahun digunakan. Bukan rosak tetapi selalu sahaja hang. Jadi saya pun terfikir mahu mendapatkan komputer mampu milik dengan spec yang saya kehendaki.

Dalam fikiran saya memang mahu membeli kom

puter terpakai jadi saya terus ke shopee untuk mencari komputer terpakai yang berbaloi untuk dibeli. Akhirnya saya mengambil keputusan membeli Dell OptiPlex i5 3ed gen dengan harga RM799 tidak termasuk penghantaran. 


Saya mengambil keputusan membeli Dell OptiPlex i5 untuk merasai spec ini selepas bertahun menggunakan intel pentium dual core. Saya juga suka dengan Dell sebab kalau hendak servis seperti buang debu dalam komputer, ia tidak memerlukan screw driver untuk buka ini itu sebab ia tidak menggunakan screw.


Satu yang saya tidak suka dengan komputer yang saya beli ini ialah tidak ada tersedia wireless jadi kena beli secara berasingan supaya boleh akses wifi.


Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan komputer ini. Ia beroperasi dengan lancar dan sehingga kini, genap setahun ia masih memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Saya sasarkan semoga komputer ini boleh bertahan sehingga 5 tahun walaupun komputer terpakai.


Buat anda diluar sana yang teringin membeli komputer untuk kegunaan anak-anak menjalani PDPR, saya cadang tak perlulah ambil komputer baharu yang mahal. Beli sahaja komputer terpakai yang dibuat semula sebab ada kalanya ia lebih berbaloi berbanding yang masih berbungkus.


Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!