![]() |
Gambar hiasan |
Pandemik COVID19 benar-benar boleh membuatkan masa depan seseorang gelap terutama yang makan gaji di sektor swasta. Kita telah membaca kisah seorang juruterbang airasia jadi pemandu grab. Memang agak kejutan daripada bergaji tinggi tiba-tiba tiada gaji. Begitu juga dengan seorang pengurus hotel di Sabah terpaksa balik kampung kerana hotel ditutup. Namun mereka tidak mudah berputus asa. betullah orang kata, rezeki ada di mana-mana. Kini kedua-dua mereka menjadi usahawan di shopee.
Saya mengikuti bekas pengurus hotel ini di twitter jadi saya mengikuti perkembangan bisnes beliau. Selain mengusahakan kebun sayur-sayuran dan buah-buahan, beliau aktif berniaga di shopee. Benda yang beliau jual di shopee pun bukannya benda mahal. Beliau cuma menjual benih sayur-sayuran yang beliau hasikan sendiri. Berdasarkan bilangan jualan produk yang beliau jual, perniagaan beliau di shopee agak menggalakkan.
Beberapa follower beliau cuba mencungkil cara memulakan bisnes beliau di shopee. Beliau yang tidak kedekut ilmu berkongsikan cara beliau memulakan perniagaan di shopee. Namun beliau menjelaskan bahawa beliau sendiri belajar daripada orang lain dengan mendapatkan panduan cara menjual di shopee. Ia lebih mudah kerana sambil menonton, sambil membuat.
Ditanya pendapatan beliau berniaga di shopee, beliau yang merendah diri memberitahu bahawa pendapatannya boleh menampung perbelanjaan keluarga, kadang-kadang lebih tinggi dari gaji seorang pengurus. Tambahnya, pendapatan berniaga di shopee ada pasang surutnya. Kadang-kadang banyak dan kadang-kadang sedikit tapi tidak pernah tidak ada jualan.
Beliau merancang hendak mengembangkan perniagaan beliau pada masa akan datang dengan mempelbagaikan produk yang hendak dijual di kedai onlinenya. Buat masa ini beliau menumpukan produk berasaskan pertanian kerana ia lebih dekat di hatinya.
Semoga cerita benar ini menjadi inspirasi kepada semua pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik covid19. Berpegang teguh rezeki itu ada di mana-mana selagi ada usaha. Pilihan ada di tangan anda. Mahu memilih berniaga di shopee tetapi tidak tahu cara memulakannya, jangan risau kerana ada banyak panduan, tutorial, kelas cara berniaga di shopee. Mahu berniaga makanan dari rumah juga amat menggalakkan namun ia memerlukan kemahiran anda memasak. Jadi ikut kemahiran yang anda ada.
Post a Comment