Semua rumah pasti akan berdepan dengan masalah sinki tersumbat sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ini kerana setiap hari malah setiap masa pasti ada sahaja pinggan mangkuk, periuk belanga yang yang perlu dibasuh.
Ini tidak termasuk dengan sisa makanan yang ada bila selepas selesai sahaja mencuci yang perlu dibersihkan.
Jadi, penting untuk anda membuat operasi “pembersihan” sinki sekurang-kurangnya 3 kali setahun supaya sinki di dapur tidaklah berkarat dan tersumbat!
Dengan hanya bermodalkan RM6.40 anda dapat selamatkan sinki anda selama 4 bulan dan purata kos lebih kurang RM1.60 sebulan.
1. Cuka RM3.50, soda bikarbonat RM2.90 dan air panas yang baru mendidih.
2. Tabur soda bikarbonat dalam lubang air sinki letak banyak-banyak.
3. Biar seketika.
4. Kemudian curahkan cuka dan perlu hati-hati ketika ini kerana ia akan mengeluarkan asap. Ia disebabkan tindak balas soda dengan cuka itu. Kemudian biar dalam 10 minit.
5. Selepas itu curahkan air panas yang baru mendidih.
6. Hasilnya anda akan dapat saksikan sendiri kelancaran air mengalir di dalam sinki.
Selamat mencuba
Sumber : FMT
Post a Comment