Soalan Lazim berkaitan Perintah Kawalan pergerakan Bersyarat (PKPB) Kementerian Pendidikan

A. PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH

1.  Adakah sekolah dibuka semula semasa PKPB?
Tidak, semua sekolah masih ditutup.

2.  Bilakah akan dimaklumkan mengenai tarikh pembukaan semula sekolah?
Sekurang-kurangnya dua  (2) minggu sebelum sekolah dibuka.

B. GURU DAN PENTADBIR SEKOLAH

3.  Bolehkah  Pengetua/Guru  Besar  dan  pentadbir  hadir  bertugas  di  sekolah semasa PKPB?
Boleh, jika ada keperluan.

4.  Bolehkah guru terus melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah semasa PKPB?
Boleh. Guru digalakkan untuk terus melaksanakan PdP dari rumah.

5.  Bolehkah guru ke sekolah semasa PKPB?
Boleh,  jika  terdapat  keperluan  dengan  kelulusan  pentadbir  sekolah.  Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

6.  Bagaimanakah guru yang terkandas di kampung/luar kawasan boleh pulang ke tempat tinggal semasa PKPB?
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang  ditetapkan  oleh  Polis  DiRaja  Malaysia  (PDRM).  Guru  perlu  membuat perancangan awal untuk pulang ke tempat tinggal.

7.  Adakah  guru  yang   pulang  ke  negeri  tempat  bertugas  perlu  menjalani kuarantin?
Tertakluk kepada keperluan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri berkenaan.

8.  Bagaimanakah  guru  yang  sedang  berada  di  Semenanjung  boleh  pulang bertugas ke Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan atau sebaliknya? 
Guru hendaklah memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA bagi perjalanan ke lapangan terbang yang merentasi sempadan negeri. Tiket perlu ditempah sendiri dengan seawal mungkin bagi memastikan proses perjalanan yang lancar termasuk keperluan untuk kuarantin.

9. Adakah KPM menyediakan panduan kepada pihak sekolah dan guru bagi memastikan keselamatan mereka semasa bertugas di sekolah dalam tempoh PKPB dan Pasca PKP?
Ya. KPM akan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Sekolah pasca PKP yang turut terpakai semasa PKPB.

C. ANGGOTA KUMPULAN PELAKSANA (AKP)

10.   Bolehkah Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) ke sekolah semasa PKPB?
Boleh,  jika  terdapat  keperluan  dengan  kelulusan  pentadbir  sekolah.  Pentadbir sekolah perlu memastikan kehadiran pada tahap minimum pada satu-satu masa.

D. PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN (KBK)

11. Bolehkah perkhidmatan Kebersihan Bangunan dan Kawasan (KBK) di sekolah/institusi pendidikan/pejabat/kuarters di bawah KPM dilaksanakan semasa PKPB?
Boleh, kecuali bangunan yang dijadikan sebagai pusat kuarantin dan penempatan yang diselia oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

12.   Berapakah   bilangan   pekerja   perkhidmatan   KBK   yang   dibenarkan   hadir bertugas?
Mengikut bilangan yang ditetapkan dalam kontrak.

13.   Adakah skop dan waktu bekerja bagi pekerja perkhidmatan KBK mengikut ketetapan dalam kontrak?
Ya.

14.   Apakah   arahan/tindakan   yang   perlu   dipatuhi   oleh   pekerja   KBK   ketika melaksanakan perkhidmatan?
Pekerja KBK perlu melakukan kerja-kerja pembersihan mengikut Garis Panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti mengamalkan penjarakan sosial, sentiasa  mencuci tangan  dengan  sabun  atau menggunakan  hand  sanitizer  dan memakai penutup mulut dan hidung ketika melaksanakan tugas. Selain itu, pekerja perlu mematuhi garis panduan lain yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

15.   Apakah    tanggungjawab    syarikat/kontraktor    perkhidmatan    KBK    dalam melaksanakan perkhidmatan?
Syarikat/kontraktor perlu:
a)  memastikan pekerja yang tidak sihat atau bergejala tidak datang bekerja dan perlu menjalani pemeriksaan kesihatan;
b)  memastikan pekerja segera pulang ke rumah selepas selesai menjalankan tugas bagi mengelakkan sebarang bentuk perhimpunan; dan
c)  memaklumkan pihak KPM/Jabatan sekiranya terdapat pekerja mereka yang
disahkan positif COVID-19.

E.  SEKOLAH SWASTA

16.   Adakah soalan lazim ini terpakai untuk pengoperasian sekolah swasta?
Ya.

Catatan: Sebarang perubahan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
3 MEI 2020

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!