Minggu pertama Perintah Kawalan Pergerakan saya rasa hidup saya kurang lengkap walaupun peti sejuk di rumah masih penuh dengan sayur, daging dan bahan-bahan memasak. Beras masih ada 10kg.
Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O itulah yang tidak ada di dapur pada minggu pertama dan kedua PKP. Sepanjang PKP pertama memang tidak pernah saya dan keluarga keluar rumah. Pergi pasar pun tidak pernah, apatah lagi pergi ke kedai.
Rumah saya dekat saja dengan kedai. Kalau berjalan kaki dalam 10 minit boleh sampai. Biasanya kalau ke situ saya naik kereta, tak sampai 4 minit sampai.
Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan pertama saya atau isteri tidak pergi ke pasar atau kedai, pertama sebab cuba mematuhi perintah kerajaan. Kedua sebab saya tidak tahu siapa individu pembawa COVID-19. Kalau saya tahu pembawa COVID-19 boleh juga sasar-sasar bilang orang Sabah untuk mengelak individu yang berpotensi kasi jangkit. Sejujurnya saya takut kena COVID-19 ni sebab anak-anak saya masih bersekolah, hutang belum langsai. Mereka masih memerlukan saya.
Tiga hari sebelum pengumuman PKP memang sudah berbelanja malangnya bukan semua benda terfikir untuk beli. Itulah akibat jika tidak bawa senarai pergi berbelanja. Mujurlah keperluan utama dapat dibeli seperti beras, minyak masak, makanan beku, tepung, makanan tin. Milo sempat rembat oleh anak saya sebab itu memang minuman kegemaran dia. Bapa punya minuman kegemaran tidak terambil pula. Lagi pun sebenarnya masih ada lagi beberapa paket, kononnya lepas habis baru mau beli. Sekali ada pula PKP. Rupanya Old Town saya tidak sampai dua hari, habis.
Dua minggu saya menumpang minum milo. Selama dua minggu terbayang mahu minum Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O. Bukan tak suka minum milo tapi lagi suka kalau minum Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O. Kalau cakap ketagih tidak juga sebab bukan sepanjang masa ambil. Dapat minum pagi dengan Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O sudah cukup. Mau berjimat sebab mahal.
Dapat idea cara dapatkan Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O. Akhirnya beli di lazada. Mahal sikit sebab ada kos penghantaran. Dengan penuh harapan agar dalam 4 hari sampai depan pintu. Habis PKP pertama, Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O saya belum muncul.
PKP kedua sudah berani pergi kedai tapi lengkap dengan pengawal seperti yang disarankan. Pakai topeng muka. Sebelum masuk kereta, cuci tangan guna sanitizer yang siap dalam poket. Sampai rumah mandi lagi walaupun baru 20 minit lepas mandi. Nasib baik air free. Akhirnya dapat juga beli Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O. Menghirup Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O saya rasakah minda saya terbuka luas.. peehh.
Dua hari begitu, sampai pula Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O dari Lazada. PKP punya pasal semua lambat sampai. Sabar saja la.
Akan datang saya pastikan stok minuman kegemaran saya benar-benar ada supaya saya tidak merinduinya.
Adanya minuman Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O, ia seolah-olah memberikan saya kekuatan. Halaman rumah kami kini penuh dengan tanaman seperti sayuran, betik, terung dan bunga. Semua bahan seperti benih, baja saya beli secara online di Lazada dan Shopee kecuali tanah sabab halaman rumah memang bertanah.
Tanaman inilah penyelamat kami, tidak pernah ke pasar untuk membeli sayur. Mujurlah kangkung dan sawi cepat petik hasil. Kini terung pula berebut-rebut berbuah. Saya fikir itulah idea yang tercetus akibat minum Old Town Nan Yang Roasted White Coffee O. Sebenarnya itulah pengisian sepanjang PKP.
Post a Comment