Kencing berbuih (Foamy Urine) maksudnya, buih air kencing ini kekal selepas kencing minit seseorang itu kencing. Air kencing berbuih adalah satu keadaan yang dianggap bermasalah tetapi selalunya adalah normal.

Kencing berbuih kadang-kala normal mengikut keadaan misalnya kerana kelajuan air kencing dan faktor lain yang mempengaruhi keadaan ini. Namun begitu, masalah ini perlulah dibawa kepada doktor jika mempunyai air kencing berbuih yang berterusan dan menjadi lebih ketara dari semasa ke semasa. Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih dan punca ini adalah berbeza mengikut individu. Air kencing yang normal adalah apabila anda tiada masalah kesihatan lain dan tiada tanda - tanda masalah kesihatan lain.

Punca air kencing berbuih ?

Terdapat banyak punca air kencing berbuih. Kadang-kala punca air kencing berbuih bukanlah hanya disebabkan oleh masalah kesihatan sahaja tetapi merangkumi pelbagai faktor. Misalnya,
  1. Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
  2. Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
  3. Dihydrasi
Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :
  1. Jangkitan kuman pundi kencing
  2. Masalah buah pinggang
  3. Kehamilan
  4. Masalah darah tinggi masa mengandung
  5. Eklampsia
  6. Diet tinggi dengan protein
Cara memastikan punca air kencing berbuih?

Punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan boleh dipastikan dengan ujian air kencing. Untuk jangkitan kuman pada saluran kencing, ujian akan menunjukkan tahap sel putih yang tinggi. Masalah buah pinggang boleh dipastikan dengan ujian air kencing, ujian darah, X-Ray dan juga ultrasound. Kencing berbuih disebabkan oleh kehamilan pula boleh dipastikan dengan ujian hamil (Urine Pregnancy Test). Masalah pra-eklampsia boleh didiagnos dengan ujian air kencing dan ujian darah. Selain itu simptom-simptom seperti sakit kepala yang teruk,penglihatan menjadi kabur,tidak tahan cahaya terang,kuantiti kencing yang kurang juga boleh membawa doktor kepada diagnosis pra-eklampsia. Diet tinggi dengan protein boleh dipastikan dengan tabiat makanan.
Selain daripada ini, anda juga boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan cara mengdiagnosi masalah air kencing berbuih.

Rawatan untuk kencing berbuih?

Rawatan untuk air kencing berbuih adalah berdasarkan punca air kencing berbuih.
  • Untuk air kencing berbuih yang tidak disebabkan oleh masalah kesihatan anda tidak perlu membuat apa- apa. Anda hanya perlu minum lebih banyak air dan juga air yang berkhasiat dan kaya dengan minerals dan vitamins.
  • Anda juga perlu minum sekurang - kurang 8 gelas air setiap hari.
  • Untuk punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan anda perlu merawat masalah yang menyebabkan air kencing berbuih dan masalah tersebut akan hilang dengan sendiri.
Jangkitan kuman pundi kencing

Untuk jangkitan kuman pundi kencing anda boleh mengambil ubat antibiotik untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil untuk merawat jangkitan kuman pundi kencing adalah seperti ampicillin, ceftriaxone, cephalexin, ciprofloxacin dan sebagainya.
Dos untuk ubat ubat tersebut adalah berdasarkan pada berat badan anda dan jika anda mengandung ke tidak. Ubat - ubat antibiotik ini hanya boleh diambil selepas konsultasi dengan doktor kerana anda tidak boleh mengambil ubat - ubat ini tanpa prescripsi dan perlu diambil mengikut keterukan jangkitan tersebut.

Ubat - ubat antibiotik yang boleh diambil masa mengandung selepas konsultasi dengan doktor dan selepas memastikan air kencing berbuih masa mengandung adalah seperti erythomycin, nitrofurantoin, amoxicillin dan ubat - ubat lain yang selamat untuk digunakan semasa mengandung.
Untuk mendapatkan ubat - ubat yang sesuai dengan individu anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami.

Masalah buah pinggang 

Bagi masalah buah pinggang anda perlu memastikan punca masalah buah pinggang tersebut. Punca - punca masalah buah pinggang adalah :
  • Kencing manis
  • Sakit darah tinggi
  • Jangkitan kuman Streptococcus
  • Masalah autoimun
Rawatan untuk air kencing berbuih jika puncanya ialah masalah buah pinggang adalah untuk menyelesaikan masalah tersebut mengikut sebabnya dengan ubat yang sesuai. Sesetengah masalah buah pinggang memerlukan dialisis sebagai rawatan.

Kehamilan

Ada sesetengah masanya punca kencing berbuih adalah disebabkan oleh kehamilan. Anda boleh memastikannya dengan ujian hamil. Jika anda memang mengandung dan tiada tanda - tanda lain anda tidak perlu risau dan ia akan hilang dengan sendiri.

Sakit Darah Tinggi & Eklampsia masa mengandung

20% peratus daripada wanita yang mengandung akan mengalami sakit darah tinggi dan eklampsia, dan satu daripada tandanya adalah air kencing berbuih. Ia boleh diubati dengan ubat - ubat yang tersebut.
  • Labetalol
  • Hydralazine
  • Nifedipine
  • Methyl dopa
  • Magnesium sulphate
Semua ubat ubat tersebut hanya perlu dimakan selepas dikonsultasi dengan doktor dan juga selepas didiagnosi dengan penyakit tersebut kerana ia mengandungi risiko - risiko tersendiri. Anda boleh berbincang dengan doktor kami untuk memastikan ubat yang terbaik untuk anda.

Diet tinggi dengan protein

Terdapat sesetengah orang yang mengamalkan diet yang tinggi dengan protein sebagai sumber makanan mereka. Mereka ini juga boleh mengalami masalah kencing berbuih. Cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah untuk mengubah diet kepada diet yang lebih seimbang dan masalah kencing berbuih akan selesai dengan sendiri.

Rawatan di rumah untuk air kencing berbuih?

Terdapat pelbagai cara untuk anda mengurangkan/merawat air kencing berbuih ini di rumah. Contohnya, jika anda mengalami jangkitan kuman anda boleh mencuba rawatan tradisional seperti:
  • Minum banyak air, ia akan membersihkan saluran kencing
  • Makan ubat vitamin C, vitamin C dikatakan akan melawan jangkitan kuman tersebut
  • Kurangkan air yang berkarbonat dan juga kopi kerana ia akan menyebabkan jangkitan kuman pundi kencing untuk bertambah teruk
  • Makan lebih lobak putih dan juga labu botol, dikatakan akan mengurang kepedihan semasa kencing dan juga jangkitan kuman pundi kencing.
  • Anda juga boleh mengelak daripada mendapatkan masalah air kencing berbuih dengan tidak menahan air kencing. Jika anda menahan air kencing anda, ia akan mengalakkan kuman untuk membiak dalam pundi kencing anda.
Sumber : doctoroncall

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!