Postur tubuh membongkok ke hadapan ketika menaip pada papan kekunci komputer yang jauh antara meja kerja, tekanan pada pergelangan tangan di bahagian tepi meja kerja dan posisi kaki tidak sepenuhnya menyentuh lantai atau tidak seimbang.
Brikut ini antara langkah pencegahan sakit belakang, ikut langkah seperti di bawah:
Langkah 1
Laraskan ketinggian skrin komputer selari dengan aras anak mata pada kedudukan leher lurus ke hadapan.
Jarak antara skrin komputer dengan pandangan mata antara 45 - 70 sentimeter (sm) dan dapatkan rehat lima minit untuk setiap 25-30 minit bagi kerja dilaksanakan.
Langkah 2
Ubah atau laraskan ketinggian papan kekunci komputer pada kedudukan anggota siku 90 darjah dan posisi bahu secara mendatar.
Postur pergelangan tangan dan jari berada pada posisi lurus kehadapan tanpa sebarang tekanan atau membengkok.
Gunakan tetikus mudah alih ketika menggunakan komputer riba dan pastikan ketinggian kedudukan komputer riba berada selari dengan aras mata dengan menggunakan kotak atau bekas yang mudah di peroleh dalam rumah.
Langkah 3
Kedudukan bahu dalam rehat, posisi belakang badan disokong sepenuhnya oleh penyokong tempat duduk pada kedudukan 90-110 darjah ke belakang.
Paha kaki pada kedudukan mendatar, bahagian siku disokong dengan tempat letak tangan kerusi dan kaki sepenuhnya menyentuh permukaan lantai atau disokong dengan alatan bantuan.
Langkah 4
Pegang telefon bimbit selari dengan ketinggian aras anak mata pada posisi ke hadapan.
Elak membengkokkan leher ke bawah secara melampau yang lama sekiranya perlu menggunakan telefon bimbit untuk melakukan tugasan tidak dapat dielakkan dalam jangka waktu panjang.
Senaman sebagai rutin harian untuk membantu mempertingkatkan kualiti tahap kesihatan dan meminimumkan gejala musculoskeletal disorders.
Senaman mudah di rumah dapat memperbaiki struktur otot dan pengaliran darah akibat daripada postur kerja, penggunaan peralatan dan persekitaran yang tidak baik.
Post a Comment