MyTrace adalah sebuah aplikasi mudah alih pengesanan kontak (contact tracing) bagi membolehkan KKM mengesan individu yang mempunyai kontak dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19. Sebagai contoh jika pesakit pernah berdekatan dengan anda semasa membeli-belah di pasaraya, pihak KKM dapat mengasan anda lalu akan menghubungi anda untuk buat ujian COVID19.

Aplikasi MyTrace menggunakan teknologi `Bluetooth' di mana ia membolehkan telefon bimbit pengguna mengesan kehadiran pengguna lain apabila berada hampir dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Sekiranya pengguna disahkan positif COVID-19, pihak berwajib akan menghubungi kontak-kontak rapat yang dikesan melalui Log Pengesanan Hubungan MyTrace.

MyTrace mengumpul maklumat nombor telefon yang telah dirahsiakan (anonymized) dan TIDAK mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi pengguna.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai MyTrace dan bantuan teknikal, emelkan kepada mytrace@mosti.gov.my

MyTrace dibangunkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa agensi tempatan.

Download MyTrace

Orang ramai boleh mendownload aplikasi ini secara percuma sahaja. Bagi pengguna telefon bimbit jenis Android anda boleh muat turun aplikasi MyTrace di Google PlayStore [ https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.onegovappstore.mytrace ]

Bagi pengguna iOS pula, anda boleh memuat turun aplikasi MyTrace dalam tempoh terdekat setelah ianya tersedia di App Store.

Setting

Setelah berjaya memuat turun, masukkan nombor telefon yang selalu anda bawa. Satu password sementara akan dihantara melalui SMS bagi mengaktifkan aplikasi anda.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!