Kepenatan berdepan tuntutan tugasan harian di rumah dan di pejabat membuatkan ramai wanita mudah berasa tertekan. Namun tidak ramai orang mempunyai ‘kebolehan’ untuk mengesan perkara ini daripada peringkat awal.

Namun secara umumnya, kita boleh merasai perubahan pada diri sendiri apatah lagi apabila emosi cepat berubah. Kita menjadi sensitif dan cepat marah walaupun disebabkan perkara yang kecil dan remeh. Kepala mungkin rasa sakit dan bahu pula terasa tegang.

Tekanan yang tidak dikawal dan diuruskan dengan baik boleh menjejaskan kesihatan secara keseluruhan. Jadi, inilah sebabnya kita perlu belajar cara untuk menguruskan tekanan dengan melakukan pelbagai aktiviti santai. Antara cara terbaik untuk mengurangkan tekanan ialah mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan senaman sebagai rutin sepanjang hayat.

Bukan saja pada hujung minggu, setiap individu dinasihatkan untuk meluangkan masa setengah jam setiap hari sama ada pada waktu pagi atau selepas kerja untuk bersenam atau sekurang-kurangnya berjoging di kawasan rumah.

Semua ini dilakukan demi memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik sekali gus tekanan dialami dapat dikurangkan. Selain untuk sihat, ramai yang bersenam untuk mengekalkan kecantikan diri dan meningkatkan kecergasan terutama mengelakkan keletihan. Pada masa sama, ia juga dapat mewujudkan emosi gembira.

Selain bersukan, berkebun juga mampu menghilangkan stress. Berkebun merupakan suatu perkejaan yang sangat mulia. Menanam pokok bunga dan membaik pulih ekosistem merupakan satu jalan terbaik bagi mengatasi perubahan iklim.

Memetik dari sumber yang dipercayai, aktiviti berkebun boleh mencegah atau mengurangkan risiko tekanan stres. Aktiviti berkebun membolehkan seseorang itu berinteraksi dengan tumbuh-tumbuhan melalui penglihatan atau membelai tanam-tanaman yang tumbuh menghijau.

Pakar mengatakan jika aktiviti berkebun mengajar seseorang untuk mengenali dan memahami kehidupan. Berkebun memberi manfaat dalam mengawal stres dan kemurungan dalam kehidupan seseorang. Berkebun atau menanam tananam direalisasikan tidaklah dapat menanggalkan tekanan dalam kehidupan secara perlahan.

Tetapi, persekitaran hijau dan segar dapat menenangkan minda seseorang. Kewujudan persekitaran yang sihat juga dapat memberikan melancarkan oksigen yang baik kepada tubuh dan otak supaya tubuh menjadi lebih sihat dan bahagia.

Seorang tukang kebun yang memulakan Joe Gardener, Joe Lamp’l, mendedahkan bahawa melalui aktiviti berkebun seseorang dapat memahami bagaimana cara untuk belajar dan berkembang tentang kelainan dan kehidupan.

Dari berkebun, seseorang boleh belajar banyak perkara termasuk kegagalan. Dari kegagalan itu, seseorang akan membetulkan segala-galanya agar dia tidak gagal lagi. Inilah yang kemudiannya menyokong seseorang yang tidak terlalu tertekan dan kemurungan dengan memahami kegagalan dalam hidupnya termasuk kegagalan ketika dia sedang berkebun.

Apabila berkebun, ada kebahagiaan yang dirasakan oleh seseorang. Kebahagiaan ini yang membimbingnya untuk mengelakkan tekanan stres dan kemurungan. Jika anda ingin bebas daripada tekanan atau kemurungan, mulalah dengan aktiviti berkebun atau melakukan aktiviti positif yang lain.

Post a Comment