Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat sekaligus membentuk masyarakat yang berilmu. Selain itu, melalui kempen ini, KPM berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang memiliki budaya membaca yang tinggi.
Marilah kita sama-sama memupuk minat membaca dalam kalangan anak-anak dan orang sekeliling kerana ia merupakan suatu tabiat positif yang terbukti memberi banyak kelebihan kepada si pembaca.
Justeru, Buku Motivasi Membaca dan Kaedah yang merupakan edisi ketiga, telah ditulis semula, diperbaharui kandungannya, dikemas kini dan diberi tambahan bab serta kata pendahuluan baharu, dengan matlamat untuk membantu anda mengatasi pelbagai masalah berkaitan membaca. Menerusi buku ini, penulis berazam menjadikan anda pembaca lebih cemerlang, mahir menggunakan pelbagai kaedah pembacaan berbeza, dan akhirnya berkeupayaan membaca lebih 30 buku setahun, selari matlamat digariskan untuk penduduk sebuah negara maju.
Pendek kata, ini peluang keemasan. Buku Motivasi Membaca dan Kaedah mendedahkan 1,001 rahsia serta tips berkaitan membaca, selain berkongsi pelbagai teknik pembacaan, termasuk kaedah luncuran (skimming) serta imbasan (scanning) yang akan membolehkan anda membaca sehingga 20,000 patah perkataan seminit! Justeru, miliki buku ini. Ia boleh membantu menjadikan hidup anda lebih berjaya dan sekali gus meletakkan anda menjadi sebahagian pencorak arah baharu masa depan dan ketamadunan bangsa serta negara.
Post a Comment