Semua orang suka menerima hadiah. Mujurlah ramai juga yang suka memberi hadiah selain daripada menerimanya sahaja. Bagi mereka, memberikan hadiah kepada seseorang mendatangkan kepuasan dan juga keseronokan. Hal ini jelas terlihat dengan popularnya budaya pemberian hamper sempena Tahun Baru Cina, hadiah sempena Hari Raya, Hari Natal, hari lahir, hari ulang tahun dan semestinya juga hadiah perkahwinan.
Walaupun ingatan seseorang pemberi hadiah kepada penerima hadiah itu yang memberi makna, tidak dinafikan yang sesetengah hadiah adalah lebih berguna daripada hadiah lain. Apa saja bentuk hadiah adalah baik, namun menghadiahkan wang ringgit kepada pasangan yang baru berkahwin pastinya dapat membantu mereka memulakan alam rumah tangga dengan asas kewangan yang lebih kukuh. Begitu juga dengan orang yang kebuluran serta miskin, walaupun apa jua jenis pemberian pun baik untuk mereka, pastinya memberikan mereka makanan adalah yang terbaik.
Salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan adalah buku – terutamanya buku bergenre pembangunan kendiri. Bayangkan betapa berertinya buku yang mengajar bagaimana untuk hidup bahagia kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga? Ia boleh membantu mereka lebih daripada jam, set kutleri dan sepasang tuala yang berpadanan. Bayangkan betapa bermanfaatnya buku tips kekal sihat kepada ibu bapa anda yang sudah berumur? Bayangkan pula betapa bergunanya buku yang memberikan panduan skor A kepada anak saudara anda yang akan menghadapi peperiksaan? Bayangkan juga betapa bergunanya buku pengurusan kewangan peribadi kepada adik anda yang dikelilingi hutang? Bayangkan betapa bergunanya buku agama bagi mereka yang mahu mendalami agama..
Jika perkara sebegini berlaku, mengapa tidak hadiahkan sahaja buku-buku ini kepada insan tersayang pada hari istimewa mereka? Ia boleh jadi pada hari lahir, hari ulang tahun perkahwinan, Hari Raya, Tahun Baru Cina, Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru, Deepavali, Hari Natal dan juga Tahun Baru.
Sempena bulan yang mulia ini Bulan Ramadhan, apa kata menghadiahkan seseorang yang tersayang dengan sebuah buku yang berkaitan dengan agama pula? Bukan untuk merendah-rendahkan keutuhan agama orang tersayang tetapi bagi mendalami lagi ilmu agama.
Kedai buku dalam talian seperti BookPlanet sentiasa membantu anda dalam perkara ini. BookPlanet ada menyediakan reka bentuk kad hadiah yang istimewa buat anda. BookPlanet akan cetak nama anda, nama penerima dan apa-apa sahaja mesej istimewa yang anda ingin luahkan di dalam kad tersebut. Selain itu, kami juga akan membalut buku anda dengan pembalut hadiah istimewa – dan tiada sebarang caj tambahan dikenakan!
Apa yang anda perlu lakukan untuk menikmati kemudahan ini adalah dengan memesan buku melalui sistem pembayaran dalam talian kami yang selamat seperti biasa. Langkah kedua (dan ini sangat penting) ialah dengan menghantar e-mel kepada pengurusan Book Planet dengan memberikan nama anda, nama penerima dan juga mesej anda (serta apa-apa sahaja permintaan istimewa yang anda mahukan). Pastinya BookPlanet akan membalas e-mel anda sejurus selepas menerima email anda, jadi anda boleh tahu bahawa kami sudah menerima e-mel tersebut. Mereka akan membuat tindakan selanjutnya. Mereka akan cetak kad berdasarkan permintaan anda, membalut buku tersebut dengan penuh kasih sayang dan poskannya dalam masa 24 jam dari tempoh pembayaran anda dijelaskan.
Bayangkan kegembiraan insan tersayang apabila menerima hadiah anda. Senyuman mereka pasti mekar hingga ke telinga. Paling penting sekali, bayangkan betapa ilmu yang mereka bakal perolehi daripada buku tersebut dapat membantu menerangi dunia mereka! Terima kasih kepada anda. Hadian anda pasti akan menjadi ingatan sehingga ke akhir hayatnya.
Post a Comment