Berita baik buat anda pengguna unifi mobile tidak kira pakej pihak unifi telah melanjutkan tawaran sebelum ini. Sebelum ini semua pengguna unifi mobile menerima 999.0GB hotspot LTE. Tawaran ini dilanjutkan Susulan pengumuman lanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),
unifi melanjutkan semua tawaran yang diumumkan untuk membantu pelanggan
kekal berada di rumah sehingga 14 April depan.
Pada minggu lalu, unifi mengumumkan tawaran Pas hotspot LTE 999.0GB percuma untuk pelan unifi mudah alih tanpa had.
Sementara itu, bagi pengguna pakej prabayar #BEBAS pula akan menerima akses data tanpa had untuk penggunaan selama 7 hari, dan boleh ditebus lagi sekali selepas tempoh berkenaan tamat. Tawaran ini sah sehingga 14 April depan.
Pas hotspot LTE 999.0GB percuma untuk pelan unifi mudah alih tanpa had,
pas data LTE tanpa had selama tujuh hari untuk pelan mudah alih prabayar
#BEBAS dan akses percuma untuk semua saluran unifi TV termasuk saluran
premium.
Tawaran unifi kini menawarkan pelan-pelan data mudah alih lebih fleksibel, terutamanya dalam keadaan semasa di mana lebih ramai rakyat Malaysia bekerja dari rumah dan memerlukan lebih banyak pilihan hiburan ketika perintah kawalan pergerakan.
Maka dengan itu, memanfaatkanlah pas hotspot LTE 999.0GB percuma supaya aktiviti sentiasa berfungsi walaupun hanya bekerja dari rumah tanpa sebarang kerisauan tentang kehabisan data hotspot.
Post a Comment