Salam hormat,

TM unifi kini menawarkan plan unifi 30Mbps  Unlimited Data pada harga RM89 sebulan. Plan ini berserta dengan pakej unifi TV dengan menyediakan 14 saluran secara percuma.

Plan ini sebenarnya boleh dilanggan oleh pengguna unifi sejak 1 Oktober 2019. Sehingga kini plan ini masih lagi tersedia untuk bakal pelanggan-pelanggan unifi.

Melalui pelan ini, pengguna dapat menikmati kelajuan muat-turun sehingga 30Mbps, dan muat-naik sehingga 10Mbps. Caj panggilan suara pula akan dikenakan Caj 20 sen seminit . Bagi yang belum mempunyai liputan unifi fiber, ini bukanlah berita gembira malahan bikin sakit hati.

Bagi pengguna yang yang ingin melanggan unifi tetapi tidak mempunyai banyak masa berurusan di kedai TMPoint, pengguna boleh memohon langganan secara online.

Pengguna hanya perlu pergi ke laman web unifi.com.my , pilih plan yang dikehendaki kemudian klik Apply Now. Isikan maklumat yang diperlukan dengan tepat supaya pemasangan unifi ke rumah pelanggan dapat berjalan lancar.

Melanggan secara online jauh lebih menjimatkan masa, tenaga berbanding pergi ke kedai TMPoint sambil duduk menunggu nombor di panggil.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!