Ketika post ini ditulis, jumpah kes COVID19 di Malaysia terus meningkat, sementara diperingkat global pula menunjukkan peningkatan kes melebihi 100,000 dengan jumlah kematian melebihi 4,000 orang setakat ini.
Pertubuhan Kesihatan Dunia ( WHO ) akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID19 sebagai Pandemik.
Apa itu Pandemik ?
Secara umum, pandemik bermaksud wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas merentasi sempadan, malah hingga ke seluruh dunia.
Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dalam masa singkat.
Post a Comment