Salam 11.11.2019. Hari ini ternampak promosi unifi mobile yang agak menarik perhatian saya. Dahulu saya merupakan pengguna unifi mobile tetapi menghentikan langganan unifi mobile kerana setelah berpindah tempat kerja, tempat kerja baru tiada liputan 4G. Mahu tidak mahu dengan berat hati saya terpaksa hentikan langganan dengan mobile unifi.

Ketika pengguna lain menghadapi masalah dengan mobile unifi dengan meninggalkan komen negatif, pedas, kasar, selama saya menggunakan unifi saya tidak mempunyai sebarang masalah serius dengan unifi mobile. Kadang-kadang ada masa tidak laju tetapi mana-mana telco pun menghadapi masalah yang sama.



Menurut pengalaman saya sebagai pengguna unifi mobile, memang saya sangat berpuas hati. Saya menonton video di youtube tanpa mengalami gangguan. Paling penting bil itu tetap tidak sama seperti digi, bil kadang-kadang jauh lebih besar daripada bil yang sepatutnya. Saya juga pengguna setia digi sejak 2005.

Unifi mobile kini sedang buat tawaran hebat dengan menawarkan pekej RM99 kepada RM59 sebulan. Tawaran ini sah sehingga hujung tahun 2019. Bil bulanan adalah kekal selama mana anda melanggan pakej tersebut. Jika anda mahu melanggan pakej ini anda boleh mengekalkan nombor anda atau memilih nombor baru.

Sekali lagi untuk makluman anda, unifi mobile 99 ( RM99 ) merupakan pakej data, panggilan dan SMS tanpa had. Ini bermakna anda boleh menggunakan data, panggilan mengikut kemahuan anda. Pakej hotspot juga ada diberikan sebanyak 10GB sahaja. Namun hotspot hanya berfungsi jika liputan 4G sahaja.

Jika anda berminat layari Unifi Mobile untuk mendaftar.

Sebelum anda melanggan, pastikan kawasan anda mempunyai liputan 4G unifi mobile yang stabil. Anda boleh memeriksanya dengan  melayari laman web unifi.

Memandangkan kawasan saya baru sahaja mempunyai liputan 4G, saya juga tidak ketinggalan memohon tawaran baharu unifi mobile.. jika tidak puas hati cukup setahun, kick.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!