Puncak 2 |
Bukit Merah Karambunai tempat yang dituju kali ini. Ini kali pertama saya pergi ke sini jadi untuk sampai kena minta bantuan google map.
Kalau ramai datang mungkin ada masalah tempat parking kereta tetapi hikers datang dan pergi, tak ada yang kepak-lepak lagi di kaki bukit. Lain cerita kalau di Lim Man Kui Tawau. Lepas hiking, makan-makan dulu di kaki bukit sebab sana ada makanan yang dijual.
Laluan pendakian cukup cantik bermakna keberangkalian pendaki terjatuh atau tergelincir sangat tipis. Lain cerita kalau cuaca tidak bagus seperti hujan tetapi mana mungkin ada pendaki pada waktu hujan.
Kebersihan dari permulaan pendakian, sepanjang perjalanan dan di puncak sangat memuaskan kerana saya tidak nampak sampah dibuang dimerata-rata. Tahniah kepada semua hikers yang pernah hiking di Bukit Merah.
Pemandangan di puncak jangan dipertikai lagi. Setiap puncak pasti mempunyai pemandangan yang cantik. Begitu juga dengan Bukit Merah yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Kalau ada hikers yang cakap tidak cantik, anggap sahaja selera kita tidak sama..
Apapun pergi hiking bukan untuk melihat pemandangan yang cantik semata-mata tetapi untuk kesihatan. Jika menikmati pemandangan yang cantik itu kira bonus untuk ketanangan fikiran.
Tapi di Bukit Merah mendamaikan. Sepanjang perjalanan saya dihiburkan dengan bunyi kicauan burung dan penghuni hutan yang lain.
Sekian catatan kali ini.. selamat Fit Malaysia.
Post a Comment