Awas Penipuan Macau Scam

Awas! Macau scam kembali lagi. Sama-sama kita berwaspada dan jangan mudah terpedaya. Jika pihak berkuasa hendak menangkap kita, mereka akan terus datang rumah dan tangkap, bukan menghubungi seseorang yang hendak ditangkap kemudian buat rundingan luar. Berbeza dengan penipuan macau scam yang akan mengugut mangsa kemudian membuat rundingan penyelesaian. Mari kita sama-sama fahami bagaimana macau scam berlaku dan cara menghindari daripada macau scam.

Bagaimana Penipuan Macau Scam dilakukan?
  • Penipu akan menghubungi atau menghantara mesej kepada mangsa dan menyamar sebagai polis, pegawai kastam, pegawai bank, BNM dan segalanya yang berkaitan dengan pegawai penguatkuasa.
  • Penipu yang menghubungi mangsa kemudian memaklumkan kepada mangsa bahawa mangsa telah melakukan kesalahan yang serius seperti mengedar dadah, mempunyai tunggakan cukai, tidak membayar pinjaman, atau akaun bank kena hacked.
  • Penipu akan mengugut mangsa untuk menangkap, mengambil tindakan mahkamah atau membekukan akaun bank. Bagi yang tidak pernah mengetahui taktik penipu macau scam ini tentu menggelabah apabila mendengar perkataan ditangkap dan sebagainya.
  • Penipu akan menawarkan keselamatan kepada mangsa dan bagi "menyelesaikan" masalah yang dihadapi oleh mangsa, mangsa perlu membuat bayaran dengan segera atau memberi butiran perbankkan anda untuk membantu "siasatan".
Apa yang berlaku jika anda melakukan seperti yang dikehendaki oleh penipu?

Semua duit simpanan anda akan lesap dalam sekelip mata. Sia-sia mangsa menabung kemudian dengan begitu mudah menyerahkan kepada penipu kerana tidak berfikir panjang.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda menerima panggilan telefon tersebut?
  • Jangan buat pindahan wang atau dedahkan butiran perbankan anda dalam talian seperti ID pengguna, kata laluan atau PAC kepada pemanggil.
  • Tamatkan panggilan tersebut. Organisasi yang sah tidak akan meminta maklumat peribadi dan kewangan melalui telefon atau mesej.
  • Laporkan kejadian itu segera kepada pihak berkuasa atau bank.
  • Berikan amaran kepada rakan-rakan dan keluarga anda. Maklumkan kepada mereka bahawa panggilan itu adalah penipuan.
  • Elakkan menyambut panggilan daripada seseorang yang tidak ada dalam senarai contact anda.
  • Tetapkan keselamat telefon anda seperti menghalang seseorang yang tidak ada dalam contact anda daripada menghubungi anda.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Sila sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan demi keamanan bersama.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!