Pada 21 Julai 2019 pula adik-adik yang berjaya ditawarkan mengikuti pengajian di UiTM akan mula mendaftar. Sekali Kota Samaraha Sarawak akan dibanjiri oleh keluarga dari serata Malaysia untuk menghantar dan mengabadikan moment yang sangat menggembirakan ini.
Bagi yang bukan orang Kota Samarahan atau orang Sarawak tentu akan tertanya-tanya apa penginapan atau hotel yang paling hampir dengan UiTM. Inilah yang saya fikirkan ketika hendak menghantar anak pada suatu ketika dahulu. Kota Samarahan tidak mempunyai banyak hotel. Jika penuh terpaksa menginap di Kuching.
Oleh itu ibu bapa hendaklah menempah hotel atau homestay selagi ada kosong sebab jika sudah penuh terpaksa menginap di hotel dekat Kuching.
Di sini saya kongsikan senarai nama hotel yang terdapat di Kota Samarahan, Sarawak. Hotel ini bukanlah dekat sangat dengan UiTM tetapi jauh lebih dekat berbanding menginap di Kuching.
- My Inn Hotel Kota Samarahan
- Friendly Homestay, Hourly, Weekly and Monthly.
- MY Homestay
- Place2Stay @ Campus Hub
Semua hotel ini boleh ditempah secara online di Booking. Sekiranya anda memerlukan hotel bolehlah membuat tempahan lebih awal sebelum penuh. Saya cadangkan book secara online dengan booking , agoda atau hotelscombined.
Sekian, perkongsian ringkas.
Post a Comment