Apabila kita kehilangan spare tayar, kita akan kerugian sekurang-kurangnya RM700 ke atas bergantung kepada saiz rim dan jenama tayar yang digunakan.
Pengalaman saya kehilangan spare tayar sport rim, saya kerugian sekurang-kurangnya RM2900. Macam tidak masuk akal tetapi itulah realitinya. Saya menghubungi Mitsubishi servis dan part harga sebiji sport rim trinton dan mereka bagi tahu harganya RMM2300 tidak termasuk tayar. Hadoiii.. mahal gila jadi sehingga saya menulis post ini saya belum membeli spare tayar. Kebanyakan kedai pun tidak menjual sebiji-sebiji rim.
Selang bebarapa hari, kejiranan pula mengadu kedua-dua tayar depannya di cabut oleh pencuri. Daripada pengalaman kehilangan sebiji rim dan tayar, saya tidak mahu kehilangan 4 biji roda yang ada.
Saya mencari panduan di google cara-cara mengatasi tayar daripada kena cabut oleh si pencuri. Antara banyak panduan, cuma satu yang perlu saya lakukan iaitu memasang kunci tayar di setiap roda. Carian di internet terlalu banyak jenis kunci tayar jadi sekali lagi saya mendaptkan tips daripada kawan-kawan yang sudah pernah menggunakan kunci tayar.
"Ini tidak bagus sebab boleh dibuka walaupun bukan menggunakan soket yang khas untuknya", kata rakan apabila saya tunjukkan satu model di internet. Setelah melihat beberapa review di youtube, akhirnya saya ambil keputusan untuk membeli lock daripada jenama Gorilla Guard Wheel Lock di shopee dengan harga RM170. Mahu yang lebih berkualiti tapi mahal daripada McGard Wheel Lock.
Saya harap Gorilla Guard ini mampu menjaga tayar saya daripada kena cabut oleh manusia yang tiada bangsa, tiada agama, tiada adat. Hakikat yang tidak dapat dielakkan bahawa rim dan tayar ini tidak akan dapat ditemui semula. Jadi sama-sama kita memikirkan pelaburan tambahan untuk tayar kereta kita. Bagi mengetahui kelabihan Gorilla Guard ini, boleh tengok review pengguna di sini.
Post a Comment