Saban hari terpampang di dada akhbar bapa rogol anak, abang rogol adik, datuk rogol cucu . Hal ini perlu dibendung dengan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan yang tidak selamat dan sentuhan yang tidak selamat.
Hilangnya rasa kasih sayang terhadap si cilik membuktikan jiwa dan fikiran segelintir manusia lebih dikuasai nafsu hingga mengetepikan norma hidup bermasyarakat.
Ibu bapa disarankan mendidik anak mengenai sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat sebagai petunjuk awal bagi mengesan sesuatu perlakuan atau niat jahat individu asing terhadap mereka.
Ibu bapa juga seharusnya mempercayai anak dan sentiasa menyatakan rasa sayang terhadap mereka berbanding menyalahkan si kecil.
Ajar kanak-kanak untuk beri reaksi sekiranya bahagian sulit disentuh, antaranya:
- Menjerit ‘jangan’ atau berteriak sekuat hati untuk pertolongan.
- Lari secepat mungkin ke tempat selamat atau ramai orang.
- Meminta kanak-kanak memberitahu orang dipercayai seperti ibu, bapa, ahli keluarga lain atau guru.
Kanak-kanak perlu beritahu ibu bapa atau individu dipercayai jika:
- Apabila seseorang menyentuh atau melihat bahagian sulit atau peribadi anda.
- Apabila seseorang menunjukkan bahagian sulit atau peribadi mereka kepada anda.
- Apabila seseorang meminta anda menanggalkan pakaian anda.
- Apabila seseorang mengambil gambar anda tidak berpakaian.
- Apabila seseorang menunjukkan gambar atau video orang tidak berpakaian kepada anda.
- Apabila seseorang menyentuh atau mencium bahagian sulit anda.
Peraturan sentuhan untuk diingati:
- Terdapat sentuhan baik dan sentuhan tidak baik.
- Tiada sesiapa yang patut menyentuh bahagian sulit atau rahsia anda tanpa kebenaran anda.
- Jangan sekali-kali bersetuju menyimpan rahsia sentuhan tidak baik.
- Beritahu seseorang yang anda percayai dan teruskan memberitahu sehingga anda dapat bantuan dengan masalah itu.
Post a Comment