Bukit Perahu Hiking Trail terletak dekat dengan Pekan Tamparuli. Lebih kurang 2 minit dari pekan menyusur jalan Kg. Bawang sampailah ke lokasi pendakian. Kalau jumpa banyak kereta parking siring jalan, dia la tu.
Sabtu lepas pembukaan sesi 2019 untuk aktiviti-aktiviti hiking. Tahun 2018 saya giat melakukan aktiviti hiking di Daerah Tawau. Setelah mendapat tawaran berpindah ke daerah Tuaran aktiviti hiking dihentikan sementara waktu bagi urusan pindah dan menyesuaikan tempat di sini.
Pembuka tirai sesi 2019 saya memilih Bukit Perahu kerana mendapat maklumat bukit ini mempunyai pemandangan yang sungguh cantik terutama melihat matahari terbenam dan paling dekat dengan tempat tinggal di Tuaran.
Bukit Perahu Hiking Trail terletak dekat dengan Pekan Tamparuli. Lebih kurang 2 minit dari pekan menyusur jalan Kg. Bawang sampailah ke lokasi pendakian. Kalau jumpa banyak kereta parking siring jalan, dia la tu.
Dipendekkan cerita pendakian agak mencabar malah lebih mencabar dari yang saya sangkakan. Kalau dibandingkan dengan Lim Man Kui Haiking Trail Tawau, pendakian di Bukit Perahu memang sangat mencabar. Jalan yang curam dan berbatu pula. Kalau musim hujan tidak sesuai mendaki di sini.
Sampai di puncak rasa penat pasti terubat dengan pemandangan yang sangat cantik. Lagi cantik jika anda berkesempatan melihat matahari terbenam.
Jika sekiranya berniat melihat matahari terbenam jangan lupa bawa lampu suluh. Kalau tak ada lampu suluh, masa mau balik nanti silap langkah boleh tergolek..
Bha.. semoga info ringkas ini, bagi yang belum pernah ke sana diharapkan info ini akan membawa anda ke Bukit Perahu.

Post a Comment