Melalui pakej JASA PACK ini, para pendidik yakni guru Malaysia ditawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, SMS tanpa had dan tiada kos tersembunyi seperti DIGI pada harga paling murah iaitu hanya RM59 sebulan.
Bil sebanyak RM59 sebulan boleh dikatakan pakej yang paling murah di pasaran dan sudah tentu ia sangat berbaloi jika dibandingkan dengan pakej lain.
Guru yang hendak melanggan pek jasa ini perlu melanggan home unifi atau streamyx. Rebut peluang selagi ada kerana pakej ini akan berakhir pada 31 Disember 2018.
Untuk memohon Pek Jasa ini guru perlu menyediakan Pengesahan Jawatan dan bukan pengesahan kakitangan ketua jabatan, salinan kad pengenalan dan wang RM106. Permohonan boleh dibuat di cawangan kedai Telekom. Pakej ini juga menawarkan Handphone Pintar untuk 2000 pelanggan terawal.
Bagi pelanggan unifi mobile sedia ada yang mahu melanggan Pek Jasa, anda tidak boleh memindahkan pakej asal kepada Pakej Pek Jasa. Anda juga tidak boleh mengekelkan nombor sedia ada. Sekiranya anda mahu juga pakej Pek Jasa, anda kena menamatkan pakej lama dan mendapatkan pakej baharu iaitu Pek Jasa.
Sekian, semoga membantu.
Post a Comment