Apa itu webemobile? Secara ringkasnya webe merupakan telco yang dimiliki oleh telekom.

Saya baru sahaja bertukar daripada Digi kepada webe. Keputusan untuk beralih kepada telco webe adalah kerana tertarik dengan tawaran webe namun tawaran ini terhad sehingga hujung tahun ini.

Sehingga hujung tahun ini pakej webe adalah serendah RM79 tidak termasuk GST. Untuk harga ini pelanggan akan menikmati panggilan tanpa had dan data tanpa had serta percuma hotspot sebanyak 10G.

Saya mendapatkan simkad webe terus ke webiste webe. Dalam masa 2 hari bekerja saya menerima kad webe saya yang sedia untuk di gunakan.

Kini sudah tiga minggu saya menggunakan webe. Secara keseluruhannya saya sangat berpuas hati dengan prestasi webe seperti kelajuannya. Jika rating dalam 5, saya bagi 4 bintang. Mengapa saya bagi 4 bintang sedangkan saya sangat berpuas hati dengan prestasi webe? Sebabnya liputan 4G tidak meluas. Harap akan datang liputan 4G ini akan lebih meluas.

Sebagai pemandu Grabcar yang memerlukan menghubungi penumpang dan menggunakan data yang banyak untuk GPS, memilih telco webe merupakan satu keputusan yang bijak bagi saya.

Buat anda yang ingin beralih kepada webe, sila lawati webiste webe.com.my bagi mempastikan pakej terkini yang ditawarkan oleh webe.

TQ.

Update :
Webemobile kini telah dijenamakan semula kepada unifi mobile. Terdapat dua pilihan iaitu pasca bayar dan pakej #Bebas atau #BayarBilaBila. Untuk pakej #Bayarbilabila, pelanggan boleh mendapatkan simkad secara percuma dalam masa terhad dengan hanya mendownload aplikasi unifi mobile dan melengkapkan maklumat yang diperlukan. Maklumat lanjut sila layari portal unifi.com.my.

Post a Comment

Soalan lazim temu duga kerjaya dan cara menjawabnya. [Klik] Klik Di Sini!!