Aktiviti fizikal adalah sesuatu aspek yang unik malah amat penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Sesuatu pergerakan akan membantu pertumbuhan tubuh badan menjadi sihat. Selain itu, kanak-kanak dapat juga menguasai kemahiran fizikal serta dapat meningkatkan lagi keupayaan pergerakannya. Pengalaman yang diperoleh melalui permainan, tarian, gerak rama dan aktiviti gimnastik menjadikan kanak-kanak seronok apabila mereka dapat menguasai beberapa kemahiran tertentu.

Mereka pula dapat melakukan aktiviti yang dipelajari bersama kanak-kanak lain dalam situasi pertandingan yang sihat. Kemahiran yang telah dipelajari juga akan dilakukan dengan berbagai-bagai jenis alatan kecil ataupun alatan besar. Kanak-kanak akan mengalami kepuasan dalam pergerakannya dan mereka juga akan merasai bahawa pergerakannya adalah betul dan estetik.

Aktiviti fizikal di peringkat prasekolah akan membantu meningkatkan daya kecergasan kanak-kanak. Jika kanak-kanak aktif bermain dan bergerak, ini akan membantu dalam pertumbuhan dan kesihatan mereka. Aktiviti fizikal adalah penting untuk memupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Kanak-kanak perlulah diberi peluang untuk menyertai dalam berbagai-bagai aktiviti pergerakan yang aktif, pantas dan mencabar.

Kanak-kanak mempunyai sifat semulajadi yang ingin berlumba. Dalam pada itu mereka akan menghargai kebolehan rakan sebaya mereka juga. Kemahiran pergerakan akan menggalakkan kanak-kanak bersosialisasi dan secara tidak langsung sifat keyakinan diri, kepimpinan dan toleransi akan turut dipupuk. Oleh itu, guru bertanggungjawab menididk kanak-kanak dengan aktiviti fizikal yang bermanfaat yang dapat menggalakkan mereka menguasai berbagai-bagai kemahiran pergerakan.

Dengan kemahiran yang telah dipelajari, kanak-kanak dapat melakukan pergerakan dengan berbagai-bagai cara dalam keadaan yang berbeza-beza.

Pergerakan yang mencabar dan seronok akan menjadikan kanak-kanak riang dan aktif. Sikap terhadap aktiviti fizikal dkan menjadi positif dan semangat inginkan kecergasan diri sepanjang hayat perlu disemai.


Post a Comment

Khusus untuk anda yang dipanggil temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. [Klik] Klik Di Sini!!