Microsoft Office Excel mempunyai banyak tools dan pemprosesan untuk mengautomasikan tugas anda dalam hamparan data atau excel. Anda juga boleh memasukkan tarikh secara automatik sama ada statik atau dinamik ke dalam sel-sel hamparan data. Tarikh statik tetap sama, manakala tarikh dinamik memaparkan tarikh semasa apabila dokumen dikemas kini atau apabila membuka dokumen itu. Caranya adalah seperti berikut ;

1. Klik pada sel dimana anda mahu memasukkan tarikh.

2. Tekan "Ctrl-;" untuk memasukkan tarikh semasa sebagai nilai statik dalam sel yang dipilih.

3. Taip "= TODAY ()" untuk memasukkan tarikh semasa sebagai nilai dinamik dalam sel yang dipilih. Anda juga boleh menggunakan fungsi AutoComplete Excel - selepas menaip aksara , klik dua kali "TODAY ()" kemudian tekan "Enter".

Sekian.

Post a Comment