Setiap orang mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian, kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Berikut antara tips menjadi murid cemerlang dalam pelajaran.
1. Waktu belajar yang sesuai. Waktu dinihari merupakan waktu yang sesuai kerana pada masa itu tidak ada gangguan seperti bunyi bising yang menganggu kosintrasi semasa belajar. Pada masa itu juga otak berjalan dengan lancar. Ini akan dapat memberi kelebihan untuk mengingati pelajaran yang dipalajari.
2. Jadual waktu belajar. Setiap pelajar perlu ada jadual belajar sama ada jadual waktu belajar individu mahupun jadual waktu berkumpulan.
3. Belajar secara berkumpulan. Ia penting supaya pelajar dapat bertukar-tukar pendapat dan kemahiran. Belajar secara berkumpulan juga akan menjadi ruang untuk mencari jawapan soalan tertentu.
4. Memberi fokus semasa guru mengajar. Ia sangat penting supaya pelajar memahami kemahiran yang disampaikan oleh guru. Murid-murid tidak akan menghadapi masalah apabila menjawab setiap soalan.
5. Doa memohon restu daripada tuhan. Pelajar hendaklah sentiasa bersyukur kepada tuhan atas perkara yang diperolehnya termasuk ilmu yang diperoleh daripada gurunya. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa berdoa sebagai tanda kesyukuran. Selain itu pelajar perlu berdoa untuk memohon kekuatan dalam menghadapi segala cabaran.
6. Latihan ulangkaji. Ia banyak membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan yang sebenar. Kekerapan melakukan latihan dan ulangkaji pelajaran dapat membantu pelajar menjawab setiap soalan dalam peperiksaan. Selain itu ia akan dapat menambah keyakinan pelajar menjawab setiap soalan.
7. Hadkan hiburan. Pelajar perlu mengelakkan hiburan melampau seperti bermain xbox sehingga melalaikan diri dalam pelajaran. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada pelajar untuk mengecapi kecemerlangan.
8. Elakkan aktiviti melepak. Pada hujung minggu pelajar tentu akan merehatkan minda dengan bersiar-siar. Melapak sehingga berjam-jam di pusat beli belah bukan aktiviti sihat untuk menenangkan fikiran. Ia sebenarkan akan lebih menjurus kepada kelalaian terutama apabila melepak dengan rakan-rakan yang bermasalah.
9. Elakkan smartpohe. Zaman serba canggih ini semua pelajar memiliki handphon yang mempunyai pelbagai aplikasi yang menarik. Namun jika sekiranga penggunaan handphone tidak terkawal ia akan menjadi perosak kepada pelajar. Penggunaan WhatsApp, Facebook dan Instagram perlu dielak semasa mengulangkaji pelajaran.
10. Hormati gurumu, hormati ibumu, hormati ayahmu dan taat dengan ajaran agama masing-masing. Usaha pelajar semua akan diberkati.
Post a Comment