JENAYAH boleh terjadi di mana jua tanpa mengira masa dan lokasi. Begitu juga dengan kemalangan. Peratusan jenayah yang semakin meningkat dan samseng jalanan membuatkan anda sentiasa berjaga-jaga di luar.

Apabila terjadinya kemalangan, bagi mengelakkan pertelingkahan dan keselamatan diri adalah penting sekiranya anda sendiri memiliki bahan bukti. Kerana itu, masa kini semakin ramai pemandu memilih memasang kamera perakam video di dalam kereta.

Terbaharu, pihak Eagle I CVR memperkenalkan perakam video di dalam kereta (CVR) iaitu Vision 1 dan Iris M1 ke pasaran tempatan.

Vision 1

Eagle 1 Vision 1 CVR berupaya merekodkan situasi penting ketika kemalangan dan dibangunkan dengan teknologi termaju dan kualiti imej definisi tinggi.

Dari segi spesifikasi, Vision 1 memiliki skrin bersaiz 3.5 inci dengan paparan lensa kaca enam lapisan 480 X 320 piksel.

Peranti itu dikuasakan pemproses MT6735VCM dengan RAM 1GB dan storan 8GB. Kapasiti storan boleh ditambah sehingga 32GB menggunakan kad microSD.

Dengan hanya 127gram berat, dimensi CVR 97mm X 61mm X 18mm, ia menawarkan kamera Full HD yang menyokong resolusi video VGA/HD/FHD 30fps dan direkod dalam format video 3gp, juga mampu merakam gambar biasa.

Vision 1 hadir dengan bateri yang boleh dicaj semula berkapasiti 400mAh. Malah, ia juga menggunakan sistem operasi Android 5.1. Turut tersedia, slot kad SIM yang menyokong rangkaian telefon 3G/4G dan disambung dengan WiFi.

Dengan ciri tersebut, anda boleh berkongsi video secara langsung tanpa perlu memindahkannya ke peranti lain. Integrasi aplikasi WeChat membolehkan anda berkongsi video dengan semua rakan WeChat.

Selain itu, beberapa ciri unik Vision 1 ialah:

RAKAMAN LOOP: Teknologi rakaman pintar membolehkan Vision 1 terus merakam apabila pacuan storan penuh. Anda boleh menyimpan rakaman dengan menekan satu butang di sebelah kanan.

MENCARI LOKASI KERETA: Dapatkan lokasi, foto dan video kereta melalui WeChat.

AUTO VIDEO LOCK: Sensor binaan dalam akan ‘mengunci’ video masa sebenar apabila mengesan nyah pecutan secara mengejut atau membrek secara tiba-tiba, berlanggar atau paten kebiasaan pemanduan berubah. Ciri ini memastikan rakaman video yang penting tidak dipadam.

RAKAM MOMEN: Rakam pemandangan cantik dengan hanya satu klik. Muat naik dan kongsi gambar tersebut menerusi aplikasi WeChat dan platform media sosial lain melalui fungsi WiFi dan 4G.

PERKONGSIAN WIFI HOTSPOT: Tukar Vision 1 menjadi hotspot dongle untuk WiFi. Imbas kod QR Vision 1 dengan imbasan kod WeChat.

WECHAT PICKUP, CAPTURE, NAVIGASI: Mengintegrasikan pelbagai fungsi WeChat yang membolehkan berkongsi lokasi dan menggunakan WeChat merakamkan video dan gambar di destinasi pilihan dari dalam kereta.

Vision 1 CVR juga mempunyai sistem navigasi binaan dalam. Ia menawarkan ciri bantuan pemandu berasaskan kepada pemandu seperti melihat kenderaan di hadapan dan garis jalan, selain mengeluarkan bunyi amaran sekiranya perlu. Harga Vision 1 ialah RM738 pada dengan warna hitam dan kelabu.

IRIS-M1

Sementara, Iris-M1 menampilkan skrin paparan HD bersaiz lima inci dengan sudut seluas 140 darjah. Seberat 210gram, dimensinya ialah 264mm X 71mm X 10mm (tanpa kamera). Dengan bateri 380mAh, Iris-M1 boleh merakam gambar serta format video HD, Full HD dan VGA. Iris-M1 boleh didapati pada harga RM448 seunit.

Pihak Eagle I juga menawarkan pelindungan insurans peribadi kemalangan bernilai RM30,000 dengan setiap pembelian produk Eagle I CVR. Sebelum ini, Eagle I CVR melancarkan empat CVR jenis cermin dan tujuh CVR mudah alih.

Produk ini boleh didapati di Lazada atau shopee, pastikan membeli yang original.


Post a Comment