MUNGKIN ramai di antara pengguna di Malaysia yang masih belum mengetahui secara mendalam mengenai rangkaian perkhidmatan mudah alih terbaru di negara ini.

Webe cuba memberikan pengalaman digital sepenuhnya kepada para pengguna, bermula dari pendaftaran atas talian sehinggalah penghantaran ke rumah tanpa pengguna perlu pergi ke mana-mana.


Selain itu, webe turut menawarkan pakej mereka pada harga yang rendah bermula RM79 untuk pelan data tanpa had, termasuk pakej panggilan dan SMS tidak termasuk GST.

Sekiranya mengikut harga asal tanpa sebarang potongan, webe menawarkan pelan pada harga RM199 sebulan untuk penggunaan data, panggilan dan juga SMS tanpa had.

Tetapi, selepas potongan diskaun untuk pengguna TM dan P1 (sebelum ini) serta untuk mereka yang menggunakan telefon mudah alih yang termasuk di dalam senarai webe certified phone, pengguna hanya perlu membayar sekitar RM79 sebulan tidak termasuk GST.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pemasaran webe, Lai Shu Wei menyatakan bahawa webe memahami apa yang pengguna ingin sampaikan tentang pelan mudah alih mereka pada masa kini dan inilah yang sedang mereka lakukan.

Melalui penawaran perkhidmatan ini, webe berhasrat untuk mengubah mentaliti wujudnya penggunaan internet yang terhad pada telefon bimbit pengguna. Webe membolehkan pengguna menggunakan internet tanpa had.

Jadi, bermula hari ini, orang ramai boleh mula mendaftar pelan perkhidmatan webe dengan mudah secara di atas talian sahaja di webe.com.my


Kemaskini :
Webe kini dijenamakan semula dengan nama baru unifi mobile. Unifi mobile boleh diperoleh dalam dua pakej iaitu pakej pasca bayar dan pakej bebas. Maklumat lanjut kedua-dua pakej ini sila layari laman web TM di unifi.com.my



Post a Comment