Baru-baru ini Bill Gates memberitahu perkara yang dilakukannya jika sekiranya beliau tiba-tiba jatuh miskin. Jika difikir secara rasional, orang yang mahu menjana pendapatan sampingan juga boleh mempraktikkan ideanya. Namun bagi yang sentiasa memandang Bill Gates sebagai seorang yang sombong akan menganggap beliau boleh mengatakan apa sahaja.

Dalam kenyataan Bill Gates baru-baru ini beliau mahu menternak ayam jika beliau jatuh miskin. Antara alasan beliau mahu menternak ayam ialah harga ayam murah dan senang dijaga. Ayam boleh membiak dan berganda dalam masa beberapa bulan jika dijaga dengan baik.. Selain itu menurut Bill Gates, ayam merupakan satu pelaburan yang bagus kerana semua manusia makan ayam dan ini dapat menjana pendapatan kepada penternak ayam. Inilah antara alasan Bill gates menternak ayam jika beliau jatuh miskin.

Di Malaysia jika seseorang itu jatuh miskin, kebiasaan yang didengar ialah membunuh diri sebab tidak dapat menerima hakikat apabila bergelar miskin. Mungkin itulah penamat bagi kemiskinan.

Bagi yang mempunyai kawasan luas, jauh dari kawasan perumahan dan mahu menambah pendapatan sampingan, idea Bill Gates sesuai untuk di praktikkan. Bagi saya idea beliau itu lebih kepada jalan penyelesaian dan bukan menunjukkan keriakan kekayaan yang dimilikinya. Seperti yang dikatakan Bill Gates, menternak untuk menjana pendapatan dan bukan menternak untuk berjimat seperti yang biasa didengar daripada mulut ahli politik.

Saya menambah, menanam sayur juga merupakan satu idea untuk menjana pendapatan sampingan. Orang yang tinggal di bandar boleh menanam sayur di dalam pasu. Orang yang tinggal di kampung lagi banyak peluang. Semua bergantung kepada diri sendiri sama ada mahu buat atau tidak.

Post a Comment