Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan yang dilancar pada tahun lepas sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Sarana Ibu bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.

Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.

Mengenai Sarana Sekolah pula, peranan PIBG amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kerana sekolah seperti di negara maju, ibu bapa adalah penggerak utama untuk melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah.

Guru Besar dan Sarana Ibu Bapa

Terdapat sesetengah guru besar berpendapat bahawa antara pengisian sarana ibu bapa dan sekolah ialah membenarkan ibu bapa berkeliaran di persekitaran sekolah semasa sesi persekolahan. Ada guru besar yang menggalakkan ibu bapa menghantar anaknya sehingga ke dalam kelas. Tidak kurang juga yang membenarkan ibu bapa berdiri di luar kelas semasa sesi P&P walaupun tidak ada ibu bapa yang berminat dengan saranan guru besar tertentu. Cadangan itu sebenarnya lebih kepada memudaratkan perkembangan pembelajaran murid kerana murid lebih tertumpu kepada ibu bapanya berbanding pengajaran guru.

Sarana ibubapa dan kes pukul

Terdapat kes terpencil ibu bapa memasuki kawasan sekolah dengan bebas. Jika tujuan kehadiran ibu bapa ke sekolah sihat, seperti membantu perkembangan kecemerlangan anak itu dianggap sihat. Namun terdapat juga ibu bapa yang datang ke sekolah semata-mata untuk memukul murid sekolah yang bergaduh dengan anaknya.

Sarana Ibu bapa dan pencuri

Apapun alasan kehadiran ibu bapa ke sekolah, pasti ada yang memberikan masalah kepada kakitangan sekolah. Datang ke sekolah untuk menyampaikan rasa tidak puas hati itu merupakan sesuatu yang sihat demi kepentingan pencapaian murid-murid. Namun terdapat keluarga murid mengambil kesempatan ( bukan semua ) untuk melakukan jenayah di atas kelonggaran berada di kawasan sekolah. Tuduhan mencuri merupakan sesuatu yang sangat berat tetapi ia bukan rekaan. Setiap sekolah di zaman moden ini dilengkapi dengan CCTV yang merakan setiap pergerakan di sekitar sekolah. Jadi tidak keterlaluan jika dikatakan ada ibu bapa ( bukan semua ), keluarga murid datang ke sekolah semata-mata untuk mencuri.

Sekolah Kawasan Selamat

Guru besar perlu bijak dan mentafsir elemen dalam  sarana ibu bapa, sekolah dengan bijak. Elakkan melakukan kepandaian yang bodoh kerana idea bijak mungkin sebenarnya bodoh. Perlu diingat kawasan sekolah merupakan kawasan yang selamat. Keselamatan di kawasan sekolah merupakan tanggungjawab guru besar dengan bantuan kakitangan sekolah namun kakitangan sekolah hanya mengikut arahan guru besar. Jika guru besar memberikan arahan yang salah maka kakitangan akan turut melakukan perkara yang salah. Fahami pengisian sarana ibu bapa, sekolah supaya matlamat asal tidak terpesong.




Post a Comment